CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Cakap Sorang Ja, Rupanya 9 Orang!" Aib, Warga Malaysia Dihalau Airbnb Jepun..

3-5-2019 11:00 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 23934| Komen: 246|Original author: Oleh: Azza






Seakan menjadi trend warga Malaysia kini untuk melancong ke luar negara bagi meluaskan pemandangan dan pengalaman. Malahan ada yang turut berkongsi cara untuk menikmati percutian tersebut dengan bajet yang sangat minima membuatkan lebih ramai ingin merasainya sendiri.

Bagaimanapun tidak semua yang baru melancong ini memahami apa yang boleh dan tidak boleh di negara orang. Ada yang masih membawa minda 'tak mengapa' hingga menyusahkan diri. Lebih teruk apabila mereka membawa nama Malaysia hingga membuatkan ramai warga luar negara menganggap semua rakyat Malaysia minda kelas ketiga.

Baru terjadi di Jepun, sekumpulan warga Malaysia dihalau oleh tuan rumah Airbnb kerana telah melanggar peraturan yang digariskan. Kisahnya ketika mengisi borang, hanya seorang sahaja akan tinggal di penginapan tersebut tetapi sembilan orang muncul di lokasi tersebut membuatkan tuan rumah terkejut lalu menghalau mereka. Lebih teruk apabila polis turut dipanggil bagi menyuraikan keadaan dan kini mereka tiada tempat tinggal (seperti yang diceritakan, kesudahannya tidak diketahui).



Kredit foto: FACEBOOK

Banyak kesalahan telah dilakukan oleh sekumpulan rakyat Malaysia tersebut seperti melanggar peraturan, tidak memberitahu perkara yang betul dan beranggapan semuanya akan okey. Hal inilah yang menyebabkan orang luar memandang serong rakyat Malaysia dan seterusnya menyebabkan kesukaran bagi orang lain untuk melancong pula.

Menurut segelintir netizen, ini bukanlah pertama kali dilakukan oleh rakyat Malaysia yang tidak beretika. Ada yang telah membuat aduan serta ulasan mengenai perkara ini. Tulisnya "For Malaysia they booked the place for three but 5 people show up."


Kredit foto: Carian Internet

Perangai tipikal beginilah yang dibawa oleh segelintir rakyat Malaysia yang kononnya percutian bajet. Apabila pulang dari bercuti, maka golongan inilah yang berbangga kerana dapat berjimat ketika bercuti. Mereka juga akan memberikan tip berjimat ketika melancong hingga ramai pula yang mengikut cara tersebut. Sebagai contoh melancong ke Jepun hanya RM1,000 untuk 10 hari sedangkan kenyataan sebenarnya terpaksa menipu untuk melancong.

Bagi netizen yang waras, setiap individu yang mahu melancong perlu membuat kajian sendiri terlebih dahulu mengenai undang-undang dan sebagainya. Tidak semua dikenakan bayaran tetapi perlu mengetahui peraturan terlebih dahulu. Ada juga netizen yang menempelak golongan ini sebagai 'tidak sedarkan diri' kerana berangan mahu melancong tetapi tidak mahu mengeluarkan duit.


Kredit foto: Internet

Nampaknya mentaliti segelintir rakyat Malaysia tidak berubah walaupun telah melancong ke luar negara. Jadi, apa pendapat anda? - CARI 

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 3-5-2019 11:03 AM
Edited by Dwdrum at 2-5-2019 07:06 PM

register seorang saja tetapi ada 9 ..... cheapskate betul
Quote Orgkgdukobesi 3-5-2019 11:05 AM
Register sorang bayar sikit...nak membelit jer   
Quote xtahumenahu 3-5-2019 11:11 AM
My group lak siap kena puji dgn host sbb tinggalkan rumah dlm keadaan sgt bersih...
Quote puteribaya 3-5-2019 11:14 AM
chit!!x de duit melancung je laaa lokally..msia pun x kurang cantikk
Quote Nokiaman 3-5-2019 11:16 AM
Ummah melayu melesis kaki merempat....kalau takde duit usah gi jauh jauh mcm siakk je
Karghhh ptuikkkkk
Quote saviour_09 3-5-2019 11:17 AM
takde duit buat cara takde duit dik

dalam negara sendiri ni pun berlambak je tempat ko boleh holiday
jangan nak acah kaya sangat lerrr
hakikat???

Quote mesmerize 3-5-2019 11:18 AM
orang melancong dia nak gak tapi berjimat sakan la kononnya.. ni bukan berjimat ni dah kira menipu
Quote prizadane 3-5-2019 11:18 AM
Padan muka. Aku perhatikan je malaysian perangai hodoh camni. Kalau airbnb local pun mereka sanggup tipu no of pax, kau rasa bila melancong luar negara, mereka akan jujur? If aku owner unit tu pun, memang aku halau je. 9 orang jauh gila beza kot dengan 1 pax. Declare la betul-betul. Ingat maintenance, electricity for 1 pax tu sama nilai dengan 9 orang punya consumption ke? Bingai
Quote slavehunter 3-5-2019 11:22 AM
Ini la dia "now everyone can fly.....nak travell juga sebab nak impress orang kat Instagram. Ada tu pergi tempat sejarah ambik gambar , jalan sekejab then blah. Sejarah tempat tu pun ko tak feel. Yang penting dah post kat IG so orang akan impressed la kerap holidays.
Quote MarryPottet 3-5-2019 11:24 AM
Ummah cheapskate gini elok mereput dalam negara je. Sebab sekali mereka terlepas ke negara orang, seluruh rakyat dapat tempias imej buruk & jadi makin sukar bila berurusan di negara luar walau kita bukan kategori ummah tak bertamadun spt mereka
Quote Kurex 3-5-2019 11:24 AM
Pprtnya perangai kau
Quote missDollie 3-5-2019 11:25 AM
Padan muka penipu2 ni..cash cash cash!
Quote moonbug 3-5-2019 11:32 AM
Ko jangan sampai Malaysian lain tempias sama lepas ni susah nak book guna Airbnb pulak ye menyusahkan betul golongan macam ni
Quote dodolgemok 3-5-2019 11:33 AM
Bila ummah pprt melancong, bawak lah segala perangai pprt ke luar negara jua. Ujong2 buat cerita play victim nak menyalahkan org lain padahal sendiri perangai hanat. Cash lah kau org!
Quote moonbug 3-5-2019 11:33 AM
slavehunter replied at 3-5-2019 11:22 AM
Ini la dia "now everyone can fly.....nak travell juga sebab nak impress orang kat Instagram. Ada tu  ...

Mereka ni "travel" dengan konsep been there done that je
Quote dodolgemok 3-5-2019 11:34 AM
xtahumenahu replied at 3-5-2019 11:11 AM
My group lak siap kena puji dgn host sbb tinggalkan rumah dlm keadaan sgt bersih...

Tu biasa lah sis, basic etiquette kalau dh menunpang rumah org. Dodol pon selalu jah bersihkan rumah airbnb sebelum keluar walaupon dlm tu dah masuk bayaran cleaning fee. Host semua puji tang tu.
Quote ikanmasin 3-5-2019 11:34 AM
teruknya perangai..buat malu jer +padan muka ..
Quote kucingitam 3-5-2019 11:35 AM
ni mesti kat msia jenis sewa homestay 3 bilik, isi 5 family..nak jimat punya pasal..
Quote domestobot 3-5-2019 11:35 AM
mujur beli tiket kapalterbang tak boleh nak tipu camni. kalau tidak beli seat untuk sorang tapi duduk 9 orang jugak.

Lihat semua komen(246)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.035950 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top