|
Seorang janda yang membuang bayi yang ditemui sudah berulat dalam plastik hitam telah berjaya ditahan polis. Bayi berkenaan ditinggalkan di tepi jalan berdekatan terowong Kampung Dato Syed Nahar oleh wanita berusia 36 tahun itu.
Harian Metro melaporkan siasatan awal menyatakan bayi itu adalah hasil hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang dikenalai melalui aplikasi Bee Talk. Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, “Suspek yang juga merupakan seorang pengawal keselamatan sekolah itu mengalami tumpah darah pada empat hari lalu sebelum melahirkan bayi itu ketika kandungannya baru berusia tujuh bulan di tempat kerjanya.
“Dia kemudian memasukkan bayi itu ke dalam beg plastik dan membuangnya di longgokan sampah.” Tambahnya, suspek sudah pun memiliki tiga anak berusia dua hingga 17 tahun akan direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. -CARI
|



ya Allah kau mudahkan la urusan bayi ini..tempatkan la dia dalam syurgamu 





ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.044482 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.