CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tanam Padi Pada Waktu Malam? Netizen Kata Itu Idea Mengarut!

3-5-2019 12:30 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 9174| Komen: 49|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Pesawah di Saitama, Jepun bekerja pada waktu malam (gambar hiasan). Kredit foto: The Japan Agri News

Rata-rata netizen menyifatkan cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar rakyat menanam padi pada waktu malam sebagai satu idea yang mengarut.


Memetik komen-komen mereka dalam laman Facebook Utusan Online, perkara itu dianggap tidak praktikal selain mendedahkan pesawah kepada risiko digigit ular berbisa yang berkeliaran pada waktu malam.


Ada juga yang menyatakan bahawa waktu malam sepatutnya diluangkan untuk beramal ibadat dan berehat setelah penat bekerja seharian.


Kredit foto: Facebook
Netizen turut mempersoalkan kemampuan kerajaan dari segi penyediaan infrastruktur seperti lampu yang diperlukan untuk menerangi kawasan sawah pada waktu malam.


Perkara itu dibangkitkan kerana masih ada lampu jalan sedia ada yang rosak namun belum dibaiki oleh pihak bertanggungjawab.

Kredit foto: Facebook
Walau bagaimanapun, segelintir netizen melihat cadangan itu dari sudut yang positif dengan menyarankan agar dilakukan penambahbaikan dalam sistem pertanian negara.


Kredit foto: Facebook
Memetik laporan Utusan Online pada 2 Mei, Dr. Mahathir berkata, beberapa inisiatif baharu termasuk penanaman padi pada waktu malam akan diperkenalkan oleh kerajaan bagi mempermudahkan dan meringankan kerja rakyat.


Beliau percaya langkah itu berupaya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang pada masa ini dianggarkan serama tujuh juta orang.

Pesawah lazimnya melakukan pekerjaan mereka pada waktu siang. Kredit foto: Pinterest
Mungkin lebih baik sekiranya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperhalusi cadangan Perdana Menteri itu dan membincangkannya dengan golongan pesawah yang lebih arif tentang pekerjaan mereka. -CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
5

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tobby 3-5-2019 12:34 PM
Sembangggg.....sama mcm teresa kok suruh menoreh waktu hujan.   
Quote tobby 3-5-2019 12:35 PM
2x5 perdana menteri dgn menteri. IBS pun x kenal
Quote gujiwa 3-5-2019 12:38 PM
boleh je nak buat.. pi la letak lampu..
nak ke subsidi lampu kat depa ni..  
Quote harizs 3-5-2019 12:38 PM
Daripada tukar kerja siang ke malam baik tukar kerajaan, rakyat pun tk pening sgt
Quote mdhelmi 3-5-2019 12:43 PM
tuai padi mlm tu cuma ayat sarkastik


Quote TravellingBear 3-5-2019 12:52 PM
Bukan ke dulu dia yg bagi ic free kat pendtg asing. Pastu pendatang asing citer bulan dan bintang pada kawan2 negara asal. TUPASAL SEKARANG MMG DAH TOKLEH CONTROL. Dia yg mula kan
Quote hussaini4675 3-5-2019 01:02 PM
tobby: 2x5 perdana menteri dgn menteri. IBS pun x kenal


Yang tak kenal ibs tu menteri lampir
Quote umbut 3-5-2019 01:24 PM
Gilo ker...
Omputih tanam padi pki kapal terbang kecik je tabur benih padi.. x yah susah2
Kita old fashioned

Quote iloveselangor 3-5-2019 01:27 PM
Sekarang semua tanam padi dah pakai mesin lah atok.
Quote iloveselangor 3-5-2019 01:28 PM
umbut replied at 3-5-2019 01:24 PM
Gilo ker...
Omputih tanam padi pki kapal terbang kecik je tabur benih padi.. x yah susah2
Kita old ...

Ada ke lagi org kg manual tanam padi?
Quote iloveselangor 3-5-2019 01:29 PM
Kat tempak meols Sabak Bernam dah canggih pakai mesin tanam padi.. tuai Pon guna mesin je

Kolot betul korang Tak Tau.
[youtube]-7X-ShZhABA[/youtube]
Quote umbut 3-5-2019 01:41 PM
iloveselangor replied at 3-5-2019 01:28 PM
Ada ke lagi org kg manual tanam padi?

Takda lagi ye.. ingat cam dlm tv cucuk2 padi..
Quote buapakperut 3-5-2019 01:56 PM
sebelum gi semai padi, minum se-chawan minyak sawit
Quote sharlenetexas 3-5-2019 01:59 PM
Musim kemarau siang hari panas sangat mmg patut kerja malam.
Quote orgsepang 3-5-2019 02:04 PM
Akak yang tak ada sawah padi pun tahu orang sini tanam padi guna mesin macam mana menteri tak tahu? Tapi orang jepun masih tanam manual? Ke itu gambar lama
Quote Joshua396 3-5-2019 02:07 PM
Edited by Joshua396 at 4-5-2019 02:20 PM

That is why the two local village peasant women were accompanied by officers from the Office of the Technical Implementation Unit (UPTD) of the Banyumas Public Works Office in the Sumpiuh area making unusual planting media vivavideomaker
Quote Kurex 3-5-2019 02:10 PM
orgsepang replied at 3-5-2019 02:04 PM
Akak yang tak ada sawah padi pun tahu orang sini tanam padi guna mesin macam mana menteri tak tahu?  ...

Kak, jepun walaupun ke depan, dorang lagi suka manual.
Aku keje dengan jepun, tahun 2017 baru guna system sap. Sebelum ni nak order barang kena taip manual pakai microsoft je. Fail bukan dalam computer ye, kena manually fail dalam holder. Fail tahun 2001 pun ada lagi dalam opis aku.
Quote Mr_Beruk 3-5-2019 02:39 PM
Jaman dolu-dolu memang ada orang kampong kerja menuai padi waktu malam di bendang. Ada yang siap tido di situ.
Quote spiderman80 3-5-2019 02:41 PM
Kalau rakyat digalakkan bekerja pada waktu malam, mana ada orang ada masa tanam benih lagi?

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.085048 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top