CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Batalkah Puasa Kalau Cabut Gigi? Mufti Wilayah Persekutuan Jawab Kemusykilan

6-5-2019 10:11 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3410| Komen: 2|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Sakit gigi boleh menimbulkan perasaan kurang selesa semasa berpuasa (gambar hiasan). 

Kredit foto: Carian Google

Setiap kali Ramadan menjelma, pasti timbul beberapa persoalan dalam kalangan umat Islam tentang perkara-perkara yang dikhuatiri membatalkan puasa.

Contohnya, mencabut gigi, meletakkan minyak pada gigi yang sakit, penggunaan alat penyedut (inhaler), menitiskan ubat ke dalam telinga dan menderma darah.

Berikut adalah kompilasi fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri terhadap kemusykilan-kemusykilan tersebut seperti yang dipetik daripada laman sesawang rasmi pejabat beliau.


 1. Mencabut gigi

Ramai ulama berpendapat tidak batal puasa jika mencabut gigi pada waktu siang dalam bulan Ramadan, namun sebaik-baiknya cabut gigi pada waktu malam melainkan jika ada keperluan.



Ubat cecair untuk melegakan sakit gigi (Gambar hiasan). 
Kredit foto: Carian Google


2. Meletakkan minyak atau ubat pada gigi yang sakit

Dr Zulkifli bersependapat dengan fatwa bekas Mufti Mesir, Syeikh Hasanain Makhluf bahawa perbuatan meletakkan atau melumurkan minyak pada gigi yang sakit tidak membatalkan puasa. 

Jelas beliau, ia termasuk dalam darurat serta bukan bersifat makan dan minum.


Pesakit asma perlu menggunakan alat penyedut untuk melancarkan pernafasan (Gambar hiasan). 
Kredit foto: Carian Google


3. Menggunakan alat sedut bagi pesakit asma

Dalam hal ini, Dr Zulkifli berkongsi pendapat yang sama dengan Dr Yusuf al-Qardhawi dan ramai ulama lain bahawa perbuatan ini dibolehkan pada waktu siang dalam bulan Ramadan kerana gas yang disedut tidak sampai ke dalam perut.


Ubat boleh dititiskan untuk meredakan sakit telinga (Gambar hiasan). 
Kredit foto: Carian Google


4. Menitiskan ubat ke dalam telinga

Berdasarkan pendapat Ibn Hazam seperti yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qardhawi, perbuatan menitiskan ubat ke dalam telinga tidak mencacatkan puasa.

Seperti yang dijelaskan Mufti Wilayah Persekutuan, pendapat sedemikian sedikit sebanyak memberi rukhsah dan kelonggaran kepada umat Islam.


Dibolehkan menderma darah ketika berpuasa (Gambar hiasan). 
Kredit foto: Carian Google


5. Menderma darah

Tidak batal puasa kerana menderma darah, manakala Syeikh Atiyyah Saqr berpendapat puasa juga tidak batal bagi yang menerima darah.


Semoga perkongsian fatwa Mufti Wilayah Persekutuan terhadap kemusykilan berkaitan ibadah puasa ini memberi manfaat kepada umat Islam. Ada keraguan lain yang mahu dikongsikan? - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosevelvet 6-5-2019 12:46 PM
Susah nk cari dental clinic yg bukak mlm.
Quote Ina8895 10-7-2019 03:08 AM
Takutnya cabut gigi

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.034037 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top