CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tak Balik Sampai 5.30 Pagi, Mayat Dijumpai Terapung Di Sungai

6-5-2019 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5641| Komen: 22|Original author: Oleh: Myra Rozi

Tak sampai 24 jam buat laporan polis, seorang wanita pilu apabila suaminya yang hilang sebelum ini ditemui mati terapung di Sungai Lokan, Bukit Mertajam.

Mayat lelaki berusia 33 tahun itu ditemui jam 3 petang dalam keadaan lengkap berpakaian dan terapung di sungai.

Harian metro melaporkan, isterinya membuat laporan 7.16 malam semalam selepas suaminya tidak pulang ke rumah mereka di Butterworth.

Dalam laporan dinyatakan mangsa keliar rumah pada jam 1 pagi untuk minum dengan rakan di sebuah restoran.

Foto: Harian Metro
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, 

“Lelaki terbabit yang bekerja sebagai jurujual memandu Toyota Hilux milik syarikatnya seorang diri ketika keluar rumah.


“Bagaimanapun, isterinya hairan kerana suaminya masih tidak pulang sehingga 5.30 pagi dan dia cuba menghubungi telefon bimbit lelaki itu, namun ia tidak aktif."

Isterinya cuba menghubungi rakan mangsa namun dimaklumkan masing-masing sudah pulang ke rumah selepas selesai makan dan minum di resotan di Jalan Kampung Baru.

“Mayat lelaki itu ditemui terapung di Sungai Lokan 3.02 minit petang, hari ini dan isterinya sudah membuat pengecaman di hospital.

“Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian."-CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lee_sakura 6-5-2019 10:16 AM
takziah pd keluarga mangsa
Quote riyadhK 6-5-2019 10:17 AM
Takziah Kak. Semoga akak tabah.
Quote moonbug 6-5-2019 10:19 AM
Takziah. Keretanya ada kat mana
Quote minguk 6-5-2019 11:00 AM
takziah kak..
Quote Laylaaa 6-5-2019 11:02 AM
Salam Takziah buat keluarga arwah.
Quote lolita737 6-5-2019 11:04 AM
takziah buat keluarga mangsa..
Quote zulka 6-5-2019 11:08 AM
takziah...
1 pagi keluar minum?
Quote Mierafaziera 6-5-2019 11:22 AM
Allahu...check kawan dia yang kuor minum sekali tu la....
Quote EvieWanKenobi 6-5-2019 11:54 AM
takziah untuk keluarganya..
Quote Pink_Purple 6-5-2019 12:31 PM
takziah,

dah ramadan, dkt nak raya..siannya
Quote jue10 6-5-2019 03:58 PM
kluar mlm. byk buruk dri baik, baik llaki maupun ppuan. bkn bermakna kua mlm ni mst mati tp byk bnda x elok brlaku mlm hari. sma2 amik iktibar.takziah bt puan tu. hrap polis chek kwn2 dia tu.
Quote Matakilat 6-5-2019 04:23 PM
Takziah kepada isterinya... kasihannya.
Quote ikanmasin 6-5-2019 08:18 PM
sedihnya salam takziah buat mereka sekeluarga..
Quote tikusmontok 6-5-2019 08:22 PM
jue10 replied at 6-5-2019 03:58 PM
kluar mlm. byk buruk dri baik, baik llaki maupun ppuan. bkn bermakna kua mlm ni mst mati tp byk bnda ...

Tok det suruh keje malam..abih tu camner?
Quote MissVixen 6-5-2019 08:24 PM
Bak kata ted himym " Nothing good happens after 2:00 a.m.,"
Takziah pada keluarga mangsa
Quote WawaRaRa 7-5-2019 07:22 AM
MissVixen replied at 6-5-2019 08:24 PM
Bak kata ted himym " Nothing good happens after 2:00 a.m.,"
Takziah pada keluarga mangsa

betul... mak ted yang kata tu...ted quote balik... "Nothing good happens after 2.00am"
Quote jue10 8-5-2019 01:17 PM
tikusmontok replied at 6-5-2019 08:22 PM
Tok det suruh keje malam..abih tu camner?

tu kerja kan? cari rezeki kan? lelaki keje untuk nafkah kan? tujuan yg baik tu insyallah. bkn aku ckp kua mnum ni xbaik. yela tp dh lewat mlm kn. fhm2 sndri la kot. dh besar pun.
Quote alinone78 9-5-2019 08:24 AM
macamana boleh jatuh sungai? keretanya sekali ke?
Quote putericahaya999 9-5-2019 09:58 PM
Innalillahiwainnalillahirajiun

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.041384 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top