CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Siapa Pernah Guna Bahasa 'F'? Ini 6 Lagi Bahasa Kreatif, Imbau Kembali Zaman Remaja Anda

6-5-2019 11:47 AM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 23622| Komen: 26|Original author: Oleh: nameera

Ingat lagi bahasa rahsia? Bahasa F? 


Bahasa yang tidak tahu dari mana datang asal usulnya. Tidak kurang dari itu, macam-macam bentuk tulisan yang direka supaya lebih kelihatan menarik, "jet-jet sweet", mengikut trend dan peredaran masa pada ketika itu. Kreatif betul!

Jika dulu, salah satunya adalah bahasa F antara yang menjadi ikutan, ini 7 lagi bahasa dan tulisan kreatif yang mungkin pernah menjadi ikutan anda.
Jika ada, anda kategori mana satu?

1. Bafahafasafa F (Bahasa F)
Cikfigufu sufukafa mafainfin bofolafa. Hafarifi-hafarifi cikfikgufu mafainfin bofolafa. Cikfikgufu sufukafa mafainfin bofolafa, hafarifi-hafarifi cikfikgufu tifidurfur

Terjemahan: Cikgu suka main bola. Hari-hari cikgu main bola. Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu tidur.

Antara yang paling popular suatu ketika dulu. Tak tahu datang dari mana. Cuma yang penulis ingat dalam filem Putri Impian lakonan Amy Mastura pun terikut sekali.  Siapa pernah guna nak gosip pasal cikgu? Baik ngaku!


2. Bahasa Suku Kata Terbalik
Rangko yang bangsem likbater ni, tak ningpe lapake ke nak sunsu yata likba?
Terjemahan: Korang yang sembang suku kata terbalik ni , tak pening kepala ke nak susun ayat balik?

Menguji minda betul dengan bahasa ni. Semua suku kata dimulakan dari belakang. 

3. Bahasa C4C4 M4RBA
p4571 4nd4 53mu4  p3rn4h t3n90k 94y4 7ul154n m4c4m n1 k4n? 814s4ny4 d19un4k4n 4p481l4 1n9in m3n9h4n74r m3s3j 474u  upd473 5747u5 d1 l4m4n 50514l. 
Terjemahan: Pasti anda semua pernah tengok gaya tulisan macam ni kan? Biasanya digunakan apabila ingin menghantar mesej atau update status di laman sosial. 

Kreatif betul. Sampai naik pening kepala orang bila nak baca. Kena banyak bersabar sikit lah ya.

4. Bahasa kEcIk bEsAr r
iNi sAtu LaGi KeRjA kReAtiF yAnG pErLu TaHap KeRajInAn YaNg TiNgGi. TaK pEnAt Ke KeJaP tEkAn ShiFt, KeJap TeKaN hUrUf?
Terjemahan: Ini satu lagi kerja kreatif yang perlu tahap kerajinan yang tinggi. Tak penat ke kejap tekan Shift, kejap tekan huruf? 

Kalau tengah pishang, bolehlah main susun huruf kecik besar kecik besar ni kan?

5. Bahasa AX
Mungkin txk populxr seperti bxhxsx lxin. Tulisxn pun txklxh susxh sxngxt untuk dibxcx. Hxnyx hutuf 'A' digxntikxn dengxn huruf 'X; 
Terjemahan: Mungkin tak popular seperti bahasa lain. Tulisan pun taklah susah sangat untuk dibaca. Hanya huruf 'A' digantikan dengan huruf 'X'.  

Motif 'A' digantikan dengan 'X'?

7. Bahasa C / bahasa manja
Campai ati cayang wat caya macam ni. Caya cetia ngan cayang. Upe-upenya cayang curang ngan cayang. cayang syedih angat.
Terjemahan: Sampai hati sayang buat saya macam ni. Saya setia dengan sayang. Rupa-rupanya sayang curang dengan sayang. Sayang sedih sangat.

Cinta monyet dan bahasa C tak dapat dipisahkan. Siapa pernah mengada-ngada macam ni?


8. Bahasa dabelyuww
Cowmel ke tuwlis macam niww?  Cowmel letteww yeww?
Terjemahan: Comel ke tulis macam ni? Comel lah tu ya?   

Okay nampak lebih santai cara penulisannya. Cuma double ww tu. Ini kalau sebut harus termuncung mulut.


Agak-agak, masih ada ke yang guna bahasa kreatif  muda-mudi ni?
Jika ada, anda kategori mana satu?

Mungkin juga anda adalah salah seorang yang pernah menjadi pengikut bahasa kreatif ini atau mungkin ada bahasa rahsia lain yang tidak disenaraikan.

Jom kongsikan! -CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 6-5-2019 12:02 PM
Kalau i rahsia something from kids, mesti cakap bahasa terbalik tu.
Quote kucingkarate 6-5-2019 12:25 PM
bahasa 'U'
duu suku muun muun musu bulujur
- dia suka main main masa belajar

semua huruf vokal tukar 'U'
adik beradik kucen mmf slalu sgt cakap bahasa ni sama2 sendirik  lol
Quote nazzse 6-5-2019 12:35 PM
Kalau nak ngumpat/rahsia mak dengan makcik2 selalu guna bahasa F..iols sampai sekarang tak faham & tak boleh cakap..pening kot
Quote misssakura 6-5-2019 12:38 PM
kakak iols selalu guna bahasa F masa zaman remaja sheol.
Quote Kurex 6-5-2019 12:53 PM
Ya Rabbi.. Kendatipun aku membesar dengan bahasa ni, aku tak pernah guna kendati bahasa f. Sesaga juga aku nak faham apa yg kawan aku cakap. Mesti mereka mengata aku. Menyampang aku tak reti berbahasa alien
Quote Andyscenes 6-5-2019 01:31 PM
No 2 tu salah. Kbai
Quote haryatie 6-5-2019 02:29 PM
x pernah pulak guna bahasa ni
Quote tagas 6-5-2019 02:38 PM
memories

time ni aku darjah 6

tergeliat dlm klas communicate ngan kengkwn



Quote Rayna90 6-5-2019 02:59 PM
bahasa F.... teringat cerita puteri impian
Quote myakayina 6-5-2019 04:28 PM
sampai skrg aku guna bahasa F ni dgn bahasa terbalik tu..
klu nak membeli plk..biasa aku guna kod nama dgn adik2 aku..utk mahal dgn murah ..kod nama tu rahsia lah.. tak leh share sini..
Quote DyBBora2 6-5-2019 04:31 PM
Mak sedara aku pakai bahasa M

samayama sumukama mamakanman namasikmik

haaaa...ala2 bahasa F ler..
Quote DyBBora2 6-5-2019 04:36 PM
eh br tingat....masa sekolah ada gak guna bahasa wa/wu

wasaya wasuka wamakan wanasik atau wusaya wusuka wumakan wunasik

Quote ikanmasin 6-5-2019 04:45 PM
lama nya tak guna bahasa F ni dah..dulu2 terer kalau
nak mengumpat org siap lah .laju mlt pokpek sebut F
tu lah.skrg ni tak bole dah.mau gagap akk
Quote domestobot 7-5-2019 06:12 AM
aku kutuk orang depan2 je takde nak guna code word camni
Quote EvieWanKenobi 7-5-2019 06:34 AM
No. 7 macam pelat je..
Quote puanbintang 7-5-2019 08:56 AM
masa zaman sekolah je pakai bahasa F ni....lupa da sekarang..
Quote ibu_haritz 7-5-2019 03:15 PM
Teringat masa sekolah guna bahasa F  dgn M..
Hari tu anak aku tanye pernah tak guna bahasa F..terus aku ckp bahasa F ternganga diaorg dgn laki aku skali...
Quote RatuDunia94 7-5-2019 05:30 PM
Dulu mas iols kecik2. Kakak iols hebat guna bahasa F tu.. pastu bila tengok filem Puteri Impian ada scene dia cakap bahasa F. Satu rumah kitorang gelak kuat2..
Quote Intanterpilih09 7-5-2019 10:38 PM
Slalu guna yg no 2.Dah biasa dr kecil famili duk ckp.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.087495 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top