CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Ibu Sebab Disuruh Jaga Sepupu

6-5-2019 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3162| Komen: 12

Berang diminta untuk menjaga sepupunya, wanita berusia 30 tahun tergamak menikam ibunya di sebuah rumah di Kampung Mantailang Bawah, Tenom pada 29 April lalu.


Gambar Hiasan


Harian Metro melaporkan, kejadian itu menyebabkan mangsa, 48, parah di dada dan perut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Tenom.

Difahamkan, berlaku pertengkaran mulut antara dua beranak itu sebelum suspek bertindak agresif dengan menikam ibunya.

Menurut sumber, suspek yang enggan menjaga sepupunya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibunya sebelum menikam mangsa sebanyak dua kali.

Suspek yang melarikan diri dari lokasi kemudian berjaya ditahan polis, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuryakmal 6-5-2019 02:09 PM
nak pegi merayap mak tak bagi. mengamuk la tu
Quote imthegirl 6-5-2019 02:12 PM
Akak ingat mat pit tengah sekolah menengah buat perangai gini merempan disuruh jaga budak
Quote slavehunter 6-5-2019 08:15 PM
Takut nye hari2 dengar anak tikam mak,pukul mak. Tak takut bala ker? Pantang dunia akhirat buat mak macam tu.
Quote tikusmontok 6-5-2019 08:35 PM
umur dah 30 tu
Quote ikanmasin 6-5-2019 08:39 PM
dah kenapa kalau tak nak cakap jer lah..yg pg tikam mak sendiri
tu kan namanya cari penyakit ..anak oh anak
Quote Burong_Hantuk 7-5-2019 12:51 AM
Anak Dari neraka......
Quote ninja boy 7-5-2019 02:18 AM
Sepupu umur brp tahun
Quote AdamPrice 7-5-2019 03:59 AM
The actual jersey they dress in the game. They are https://awriter.org/trustmypaper-com-review/ designed more for everyday "fan" wear. The price is much cheaper than genuine Jerseys.
Quote jazaa100 7-5-2019 07:39 AM
tikusmontok replied at 6-5-2019 08:35 PM
umur dah 30 tu

Mak kwin umor 17.....

Quote 234126 7-5-2019 08:37 AM
mental health kot ni, kalau tak, tak mungkin dia tergamak. Ye la kalau murung pun dah kategori mental health apatah lagi mendadih. Tapi ni mcm bukan mendadih.
Quote Nuyak 7-5-2019 10:10 AM
Aduhhh...mental ke apa ni?
Quote batmana 7-5-2019 04:52 PM
mental agknye..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.044980 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top