CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DBP Masih Merangkak, Tak Berlari Seiring Dengan Saya - Maszlee

6-5-2019 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6566| Komen: 47

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) digesa mengubah cara bekerja untuk mencapai sasaran menjadikannya pusat rujukan bahasa setanding institusi bahasa di negara maju.

Menurut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, beliau sudah beberapa kali mengusulkan di Dewan Rakyat untuk menjadikan DBP setaraf institusi bahasa di negara maju seperti Goethe Institute di Jerman dan British Council (United Kingdom).



Kredit foto: Twitter

“Tapi saya nampak DBP masih merangkak dan tidak berlari seiring dengan saya.

“Saya harap DBP dapat lari seiring dengan saya dan jangan biarkan kata-kata saya terbenam di dalam catatan hansard (senarai penyata rasmi) Dewan Rakyat,” katanya seperti dipetik daripada BH Online.

Terdahulu, timbalannya, Teo Nie Ching menyuarakan hasrat kementerian itu menjadikan DBP sebagai pusat rujukan bahasa Melayu setaraf dengan institut bahasa lain di negara maju dalam tempoh lima tahun akan datang.


Tambah Maszlee, Goethe Institute beroperasi sejak 60 tahun lalu di 159 pejabat di 98 negara dan telah mengembangkan bahasa dan budaya negara itu menerusi karya seperti muzik, filem dan seni secara meluas melalui kerjasama dengan lebih 200 syarikat korporat dan agensi yang menaja operasinya. 

Besar harapan Maszlee agar perkara sama berlaku di negara ini. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote True-X 6-5-2019 05:02 PM
berlagaknyer engkau... ko banyak main tipooo kan..
Quote Victorioussss 6-5-2019 05:23 PM
Berlari pakai stokin hitam ke putih?
Quote Kurex 6-5-2019 05:32 PM
Bodohnya menteri pee esh... Sedangkan kau sendiri tak selari dengan perancangan
Quote onexox97 6-5-2019 06:07 PM
Eksyen sangat la Tu

Cuba pergi cek apa masalahnya
Quote danieladam 6-5-2019 07:09 PM
Menteri usulkan je DBP jd Britiah Council. Pastu beliau tengok pon tak dalam DBP tu cmne masalahnya. Lg teruk, entah2 British Council tu pon menteri capang ni sebut je di bibir, sebenarnya x tau pon cmne organisasi tu berjalan. {:run
Quote aleesyasofia 6-5-2019 08:39 PM
poyo jer kan.. bila bt event jd perasmi kat dbp xnk plak prgi.. choyyyy..
Quote hyie 6-5-2019 08:52 PM
iols suka langgan majalah2 dbp rujuk kamus online pon senang...diorang sekarang gigih menterjemah istilah2 terkini kedalam BM...rugi kalau tak kita tak amik tahu sebab banyak sangat istilah baru...agicheww
Quote HannahMontana 6-5-2019 09:49 PM
Victorioussss replied at 6-5-2019 05:23 PM
Berlari pakai stokin hitam ke putih?

muahahhahhahahhahahhahahhahahhahahah..............
Quote HannahMontana 6-5-2019 09:54 PM
ego dia tercabar , kredibiliti dia sbg menteri pendidikan tercalar
Quote honeybee1802 6-5-2019 10:10 PM
Pak montori... Fokus dulu pada masalah keperluan asasi rakyat malaysia... Pendidikang... Bukan takat bab kasut hitam putih jo...
Quote Skuau 6-5-2019 10:14 PM
Apabila teo nie ching...bercakap mengenai Bahasa Melayu.....mmmmm.......
Quote mamarock 6-5-2019 10:32 PM
Sebelum berlari kena pandai berjalan dahulu Mr.Maszlee. So how?
Quote Catpaw 6-5-2019 10:51 PM
kemain mengata dbp ye? Dbp dah berzaman buat macam2 nak martabat bm, korang suka2 tukar tu tukar ni dah cacamerba jadiknya lagi nak mengata dbp
Quote HannahMontana 6-5-2019 11:32 PM
Catpaw replied at 6-5-2019 10:51 PM
kemain mengata dbp ye? Dbp dah berzaman buat macam2 nak martabat bm, korang suka2 tukar tu tukar ni  ...

perangai sakai menteri PHanceng

PERMATA---> GENIUS


Bangang nyaaaaaaaaa maszlee ketot
Quote CiliPadiSedap 6-5-2019 11:46 PM
Dbp bawah kementerian dia ke?
Quote EvieWanKenobi 7-5-2019 04:17 AM
habis tu, apa yang seiring dengan dia?
Quote LostStar 7-5-2019 05:47 AM
Saja la nihhhh.. akai dorg.. kata tak selari, lepastu buang staff dbp.. tup2 masukkn org2 dia.. awww manis sangat kegiatan dorg nihhhh..
Quote meisapoya 7-5-2019 06:14 AM
Cakap memang laju, 3 saat dah habis cakap. Tu yg dbp tak terkejar tu..
Quote epis 7-5-2019 07:05 AM
hyie replied at 6-5-2019 08:52 PM
iols suka langgan majalah2 dbp  rujuk kamus online pon senang...diorang sekarang gigih m ...

Betul.. saya pon suka rujuk prpm dbp, memudahkan..

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.224472 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top