CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Nak Berlagak, Berlagaklah Dengan Hasil Titik Peluh Sendiri," Noorkhiriah Berang

7-5-2019 10:11 AM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 5316| Komen: 9|Original author: Oleh: SakuraJo

Beberapa hari yang lalu, pelakon berbakat Noorkhiriah telah memuat naik status seolah-olah tidak berpuas hati pada seseorang di akaun Instagram miliknya. 


Entri yang agak panjang tersebut merupakan luahan hati Khiriah yang geram apabila ada pihak yang mahu meminjam wang sejumlah RM3,000 daripadanya. Mungkin kerana dirinya pernah ditipu sebelum ini membuatkan pelakon ini sukar untuk mempercayai orang lain. 


"Mulut akak memang macam bertih..habis sesedap je nak pinjam 3k.. ingat duit ni daun.. kutip tepi jalan," tulis Khiriah sambil mengatakan yang adik beradiknya pun tidak pernah meminjam wang daripadanya. 

Tambah Khiriah lagi, dirinya juga pernah ditipu sebelum ini membuatkan dia perlu lebih berhati-hati. 

"Orang pinjam janji nak bayar..haram sampai sekarang tak bayar-bayar," ujarnya. 

Apa yang lebih memalukan, individu yang mendakwa hidup sebatang kara itu tidak kelihatan seperti seorang yang mengalami kesempitan hidup.

"Dik hidup jangan nak menipu, lari semua keberkatan.. usaha..usaha.. kalau akak cite susahnya akak dulu takde sapa yang akan percaya," tambah Khiriah mengakui pernah hidup susah suatu ketika dahulu.

Khiriah juga mengakhiri kata-katanya dengan memberi nasihat kepada individu tersebut untuk tidak menganiaya orang lain serta tidak berlagak dengan hasil menipu.

Agaknya siapalah ye gerangan individu yang cuba untuk meminjam duit daripada Khiriah ni. Tak malu ke pinjam duit daripada orang yang tidak dikenali secara rapat. Nampak sangat nak menipu. Harap individu itu bertaubat sempena bulan baik ini. -CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noodle.baby 7-5-2019 10:27 AM
Biasalah zaman sekarang ni.. kita yg peminjam kena terhegeh-hegeh mintak dia bayar balik.. yang meminjam once dah settle hal dia, hutang buat buat lupa..
Quote umbut 7-5-2019 10:34 AM
Dahler pinjam.. Pastu kita yg malu nak mintak cam kita pulak yg pinjam.. Ni sapa pinjam sapa
Quote laksmanabentan 7-5-2019 11:10 AM
merempan aja la kat IG tu kan....
Quote EvieWanKenobi 7-5-2019 11:48 AM
meminjam sebab nak berlagak memang
boleh mendatangkan kemarahan..
Quote isteri_ayil 7-5-2019 03:07 PM
bagus3.. kasi ajar sket muka2 tak malu tu.. pegi jadi pemintak sedekah je laa.. collect rm 1 atau rm2 kat setiap meja yg ada org makan di restoran...  boleh dpt kot, rm3k sehari.... tak perlu byr balik pun..
Quote salmon-suki 7-5-2019 03:18 PM
Baguslah berterus terang cmtu..sembur je kt spesis y nak bergaya tp papa kedana ni..rengsa aiolzs ngn spesis cenggini
Quote pichee 8-5-2019 01:31 AM
X nk bg sudah la.yg ko tulis pepanjang tu dh kenapa
Quote makton 8-5-2019 12:12 PM
tak nak bg pinjam sudah.. tak perlu nak justify pjg2 mcm tu..
Quote Lolalala 9-5-2019 05:58 AM
pichee replied at 8-5-2019 01:31 AM
X nk bg sudah la.yg ko tulis pepanjang tu dh kenapa

Iiolls yg kadang2 upload ig throwback pergi jalan or makan sedap pun ada kawan2 jauh bau2 bacang msg tanya nak pinjam duit. Katanya nampak hidup senang. Ni rasanya mesti dia geram bila hari2 ada orang DM kata orang susah nak pakak duit tpi gambar x menggambarkan situasi. Geram wei bila org kita ni mesin ATM

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.193406 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top