Usahawan kosmetik popular dan penuh kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri semalam memuat naik video menangis di akaun Instagram miliknya. Ianya ekoran isu dia memukul anak perempuannya, Qadejah atau nama manja Cess menjadi isu besar sehingga melibatkan campur tangan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah.
Menerusi video tersebut, Aliff dilihat menangis teresak-esak sebelum turut berkongsi sedutan berita yang memaparkan ulasan DS Wan Azizah mengenai isu dakwaan kononnya Aliff mendera Cess. Sungguhpun memahami tindakan pemilik AS Legacy itu hanya untuk mendidik anaknya, Ds Dr Wan Azizah menyatakan rasa tidak setujunya kerana ia dimuat dipertontonkan kepada umum. Aliff yang sedih dan kecewa kerana isu tersebut diperbesarkan mengatakan apa yang dilakukan olehnya hanya untuk memastikan anaknya mendapat didikan yang sewajarnya. "Saya hanya nak jadi abah yang terbaik untuk anak saya cess," tulis Aliff di ruangan kapsyen video tersebut.
|
LipasComel replied at 7-5-2019 02:58 PM
kite waktu dulu2 mak kita cite benda2 memalukan kite dekat jiran pun rasa dah malu habis dgn orang k ...
rosannazmia: Boringla asik tanya apa salah saya? X abih2 dia ni.. Hang dah besaq. Pikior lah sendirik
ADVERTISEMENT