Foto: IG Di sebalik perwatakan Zizi Kirana yang seksi dan menggoda, siapa sangka dia pernah menjadi seorang Ustazah sebelum bergelar artis. Zizi Kirana berkongsi pengalaman kepada mStar Online, setelah tamat tingkatan 5, dia pernah mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran di masjid semasa tinggal di Sipitang, Sabah.
Rumahnya yang berhadapan dengan masjid menjadikan dia lebih bersemangat untuk mengajar dan sehingga seluruh penduduk kampung mengenalinya. Setelah mengajar mengaji selama beberapa tahun, dia mulai berjinak-jinak dengan kumpulan nasyid Zaiyan dan akhirnya dia menjadi penyanyi sebenar sehingga sekarang. Foto: IG Sehingga ke hari ini dia masih amalkan membaca Yasin dengan niat untuk sedekahkan kepada keluarga mereka yang sudah pergi. Selain itu setiap malam dia sentiasa buka Al-Quran dan berzikir kerana ia membuatkan dia tenang dan lena tidur. Siapa sangka dalam diam Zizi Kirana lebih mulia berbanding orang lain yang gemar mengecam dan menghinanya. Jangan menilai seseorang dengan perwatakan luarannya. -CARI
|
RatuDunia94 replied at 8-5-2019 05:29 AM
Dulu masa study roomate iols pernah berjiran dgn mimie fly. Dia kata dulu mimie tu qariah. Selalu ma ...
dia pernah menjadi seorang Ustazah sebelum bergelar artis.
Minami2013 replied at 8-5-2019 05:45 AM
Jgn tak percaya... i dah berjumpa beberapa qariah yg lepas zaman bertanding baca al-quran, bila ju ...
gigahertz replied at 8-5-2019 06:04 AM
Qariah ni menghafal je. kalau tanya maksud bende dia hafal tu apa. mana diaa tau. macam Google. in ...
ADVERTISEMENT