CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kantoi' Gagap Baca Doa Buka Puasa, Andi Bernadee Bengang Dimalukan

8-5-2019 11:25 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 27404| Komen: 127|Original author: Oleh: Saiful

Dimalukan oleh pihak editorial sebuah majalah, Andi Bernadee bengang!

Semuanya bermula bila pihak tersebut memuat naik video artis BBNU termasuk Andi, Tajul dan Ismail Izzani.


Foto: IG
Antara soalan yang ditanya adalah niat sahur dan doa berbuka puasa.

Dalam rakaman tersebut dapat disaksikan, Andi seolah-olah tak hafal pun doa buka puasa.


Kata Andi, perkara tersebut senagja dilakukan bagi mengejar rating.

"Bagi saya mereka mengambil kesempatan, trafik mereka tiba-tiba naik sebab benda itu je. Mereka sengkek dengan content ke?

"Yang saya bengang sekarang ini kenapa mereka perlu buat macam tu? Apa yang mereka mahu? Nak jadikan role model melalui perkara-perkara begini?" katanya kepada mStar Online.


Disebabkan video tersebut, ramai netizen yang mengecam Andi yang dianggap memang tak tahu bab agama.

"Sejujurnya saya bukan tak tahu doa berbuka, cuma ketika itu saya sedang menjalani penggambaran TV dan bukannya untuk mereka. Kami sedang bergurau dan mereka datang bawa kamera dan terus rakam.

"Dah pesan awal jangan upload sebab tahu mesti akan dikecam. Mereka dah janji, tapi tetap juga buat tanpa tag kami. Kenapa, takut kami perasan fasal video tu?"



Tambah Andi, pihak tersebut gagal membawa tanggungjawab untuk menyampaikan benda-benda baik.

"Sepatutunya artis dan media saling bekerjasama dan bukan jatuhkan imej seseorang. Tapi sebab pentingkan diri, nak trafik. Dia tahu benda boleh jadi viral sangguplah buat begitu."

Walaupun terasa hati namun Andi kata ia dijadikan sebagai pengajaran dan ujian buatnya. -CARI



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 8-5-2019 11:32 AM
sendiri yang malukan diri sendiri  
relax2 sudahlah.
aku rasa bila dia buat justify, semakin worst
Quote slyfynx 8-5-2019 11:34 AM
Duuhhh.....
Quote kikuri 8-5-2019 11:35 AM
who are yussss....
Quote noodle.baby 8-5-2019 11:39 AM
Dia ni kuat melatah lah.. chill sudahhh..
Quote clara_nur 8-5-2019 11:46 AM


malula sbb niat posa dgn doa bukak posa ni, budak2 kecik pon pandai baca..
so patutnya dia amek kes ni sbg pengajaran..
ni benda basic yg umur2 dia patutnyaa dah hafal kot..
Quote tagas 8-5-2019 11:50 AM
terserlah kegayahan andi

dlm bedio klip bkn main macho

Quote niena90 8-5-2019 11:51 AM
Lerrr baca niat berpuasa & doa berbuka puasa pun ko anggap nak memalukan ko? Benda basic kot & wajib la kita baca bila berpuasa. Amenda la ko ni Donde Donde. Dah kantoi tu hadap jelah weiii
Quote cicicumel 8-5-2019 11:53 AM
rilex la bkn wajib pon baca doa bukak puasa. i baca bismillah je
Quote makton 8-5-2019 12:01 PM
"Sejujurnya saya bukan tak tahu doa berbuka, cuma ketika itu saya sedang menjalani penggambaran TV dan bukannya untuk mereka. Kami sedang bergurau dan mereka datang bawa kamera dan terus rakam."

kalau gurau2, kenapa kau sibuk suh janji jgn upload video tu? bila dah upload, kau bengang.

so maksudnya apa?
Quote meteorspeed 8-5-2019 12:08 PM
kalu aku buat bodoh jer..udah mmg tak tau ngaku jer la tp malu la jugak sbb benda tue basic kan..
Quote miznora 8-5-2019 12:10 PM
belom tanya doa qunut lagi tuhh{:run{:run{:run{:run
Quote Kurex 8-5-2019 12:10 PM
Hai acik acik porem CI, janganlah dok admire andi ni, sebab dia gayah.
Quote miu84 8-5-2019 12:12 PM
Kalau berselisih bahu kat shopping mall ni confirm tak tau heols retis.
Quote beatgirlX 8-5-2019 12:16 PM
Doa berbuka tu x pe kalau x ingat...cuma jgn lupa niat berpuasa..
Masalahnya x berapa nak dengar soalan utk Tajul tu..kena baca niat apa?
By the way elok jah si Mail tlg jawabkan niat2 tu kat bebudak berdua tu..nasib hang lulus part ni Mail..
Quote syadq 8-5-2019 12:16 PM
Recording sebelum puasa ke? Normal la kot tergagap dan terlupa bab doa tu. Dah masuk bulan puasa kita pandai-pandai la refresh balik apa yg patut.
Quote qqOfficial 8-5-2019 12:25 PM
poyo laaa dia nii... mujur mailjani backup heshe kalo tak kelauttt dalamm jadinyaaa...

ada sumber2 nyatakan yg dia ni makin kekwatt bila single2 nya meletoppp...

back to back khensss keluar single and meletop kat utube....
Quote nordin84 8-5-2019 12:28 PM
hari tu waris retis tua ngaku xpose..la ni bbnu xtau niat buka pose,niat pose..helok la ko berdonde2..tau plk kan
Quote hyie 8-5-2019 12:28 PM
Kurex replied at 8-5-2019 12:10 PM
Hai acik acik porem CI, janganlah dok admire andi ni, sebab dia gayah.

mana chuols tau heshe gayah?
Quote Aunty_Acid 8-5-2019 12:31 PM
alah org yg kutuk tu tau ke niat buka puasa?
kalau x hafal cuba try nyanyi lagi raihan tu doa buka puasa huhu

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.032911 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top