CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Beli Kebab Daging, Tapi Daging Takda Di Bazar Ramadan

9-5-2019 10:55 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8115| Komen: 53|Original author: Oleh: Azza





Puasa belum masuk seminggu, tapi dah macam-macam cerita kedengaran mengenai Bazar Ramadan, ada yang meja minuman tumpah dan bazar tidak ramai orang. Kali ini cerita yang dialami sendiri oleh netizen ini iaitu kebab daging tetapi langsung tidak mempunyai daging di dalamnya.

Status tersebut mendapat banyak perkongsian dan komen daripada netizen lain yang menyamakan insiden tersebut dengan kisah karipap inti angin. Sedih apabila segelintir peniaga mengaut keuntungan atas angin atau ianya berlaku secara tidak sengaja?

Kredit foto: Twitter


Menurut Abeyrius, kebab daging yang dibelinya berharga RM3.50 di sebuah Bazar Ramadan yang tidak dinyatakan lokasinya. Namun dia sangat kesal kerana mendapat kebab tidak berinti.

Maka ramailah netizen di Twitter yang membuat jenaka di atas peristiwa tersebut seperti "daging dijual berasingan." dan "ni bukan kebab daging tapi roti kebab." Rata-rata mereka terkejut dan menganggap ianya adalah situasi yang jarang berlaku tetapi ada.



"Thanos tersnap semua population daging tu ke."

"Padat sangat daging dia sebati dengan roti."

"Taknakla kata tapi.. Takpelah. Mungkin iman kita tebal lagi bila kita redha isi banyak ni ahhahaha."

Sementara itu netizen di Facebook pula mempromosikan kebab yang mereka jual dan dipenuhi daging.

Kredit foto: FB

Begitulah kisah yang tular mengenai Bazar Ramadan. Diharapkan para peniaga tidak mengambil kesempatan  di atas kelam kabutnya pembeli kala mengejar masa untuk pulang ke rumah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 9-5-2019 11:02 AM
Mesti peniaga bermusim yang menjualnya kalau mereka selalu berniaga jarang jadi sebegitu
Quote harizs 9-5-2019 11:07 AM
Daging mmg mahal ya amat skrg.  Dulu peniaga2 salahkan gst. Skrg?
Quote 234126 9-5-2019 11:09 AM
Semalam beli temosa karipap inti ikan tapi ada kelapa je iol husnuzon maybe akak tu lupa nak gaul ikan dgn kelapa
Quote gaara_X 9-5-2019 11:10 AM
dagingnya tu dah diblender siap² ngan serbuk roti tu....tu yg dia sapu sikit je kat luar....
Quote harizs 9-5-2019 11:10 AM
SST turunkan harga barang....gila kebab kosong rega rm3.50
Quote gaara_X 9-5-2019 11:11 AM
dagingnya tu dah diblender siap² ngan serbuk roti tu....tu yg dia sapu sikit je kat luar....
Quote gaara_X 9-5-2019 11:13 AM
dagingnya tu dah diblender siap² ngan serbuk roti tu....tu yg dia sapu sikit je kat luar....
Quote laksmanabentan 9-5-2019 11:21 AM
mcm propa aja roti kebab tu...
sbb kalau kita beli kan si penjual tu bugkus depan kita..
siap ada tiang daging kat gerai tu...
takkan ler dia tak masukkan daging...

isi kebab tu kan ada sayur2 lain juga
selain dari sos mcm bawang, tomato camtu...
ini mcm sos aja... mcm propa aja...
Quote matchstick 9-5-2019 11:28 AM
Daging kena add on mcm kuah kari nasi mekdi.. Ingt bisnes kepunyaan yehudi je ke 'cerdik' meniaga{:smile
Quote ctaz 9-5-2019 11:36 AM
angapjela peniaga tu terlupa letak....
Quote JohnnyDepp 9-5-2019 11:50 AM
melayu sama melayu nak meipu jugak ke?
Quote Gingerly 9-5-2019 11:57 AM
Haah. Nk shopping kt bazaar pergi kelana jaya je
Quote renko 9-5-2019 12:07 PM
support bisnes orang kita kan
support lah sangat
Quote paz 9-5-2019 12:11 PM
Ke peniaga ni lupa or tersalah ambil roti yang belum isi?

Mustahil taktik nak menipu macam ni?
Quote Asdan 9-5-2019 12:22 PM

makan daging binatang tak elok
Quote gadis_tulip 9-5-2019 12:30 PM
Melampau nye la penjual2 kat param nie.
Quote Manjahati 9-5-2019 12:30 PM
Ni nak untung cepat kaya kot
Quote sarahmirza 9-5-2019 12:35 PM
Peniaga bermusim je yang biasa menipu sangat bulan puasa...
I pernah beli nasi goreng sampai rumah nak buka dah basi..
Suspek nasi semalam jual tak habis recycle utk esoknya pulak..
Moga ke neraka jahanam yang menipu untuk kaut keuntungan semata.
Quote buapakperut 9-5-2019 12:43 PM
kebab sos? iols tak suka kebab sebab dagingnya selalu hangit dapat rasa kerak daging saja.

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.147151 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top