CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Tip Elak Naik Berat Badan Semasa Ramadan, Jangan Buat Tak Tahu Ya!

9-5-2019 10:19 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 4216| Komen: 8|Original author: Oleh: Nia M

Bulan Ramadan sememangnya bulan yang mencabar kerana di saat nafsu disekat, semakin menjadi-jadi pula selera makan. Nampak makanan, semua nak ditelannya. Tapi awas, berat badan boleh naik mendadak jika tidak menjaga pemakanan semasa bulan puasa.

10 tip untuk elak berat badan menaik semasa Ramadan:

1. Jangan makan berlebihan

Elakkan makan dalam jumlah yang terlalu banyak. Sebaliknya, makanlah dalam kuantiti sedikit dan makanan yang dipilih pula tidak terlalu berat. Ketika di bazar pula, janganlah beli semua jenis makanan yang dijual kerana semua itu adalah nafsu semata-mata.


Kredit foto:  theorganiclife.com.au


2. Kunyah makanan perlahan-lahan

Apabila kita mengunyah makanan dengan perlahan, ia dapat mengelakkan masalah ketidakhadaman. Apa yang kebiasaannya berlaku adalah kita tergopoh-gapah ingin menghabiskan segala juadah yang terhidang di hadapan mata sedangkan makanan boleh lagi dimakan setelah selesai sesi solat Tarawih.



Kredit foto: NutraIngredients-USA


3. Hirup sup dan makan salad terlebih dahulu

Sedarkah anda setiap kali mengambil hidangan sup, perut lebih cepat kenyang? Ya, oleh sebab itulah lebih baik kita hirup sup terlebih dahulu agar lebih cepat berasa kenyang. Salad juga adalah salah satu makanan yang boleh membuatkan kita cepat kenyang.


Kredit foto: umamigirl


4. Minum air masak dengan banyak

Umum mengetahui jumlah air kosong yang diperlukan oleh badan kita adalah lapan gelas sehari. Namun, ketika berpuasa tubuh akan mudah dehidrasi sekiranya tidak minum air dalam kuantiti mencukupi setelah waktu berbuka puasa.


Kredit foto: fotolia


5. Hidangkan jus buah

Tahukah anda, minuman yang dibeli di bazar Ramadan mengandungi kandungan gula yang tinggi? Bayangkan jika setiap hari diminum, pastinya berat juga naik mendadak.

Cubalah hasilkan sendiri jus buah di rumah kerana ia lebih sihat dan pastinya tanpa gula!


Kredit foto: les super parents


6. Berjalan Setiap Hari

Jika anda fikir berpuasa menghalang anda bersenam, anda salah. Orang yang berpuasa masih boleh bersukan seperti biasa. 

Untuk membakar kalori berlebihan hasil makanan dimakan, cuba luangkan masa berjalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit hingga satu jam.


Kredit foto: 9coach


7. Ubah Cara Masakan

Cara masakan kita menentukan sama ada makanan yang dimakan sihat atau tidak. Cuba elakkan menggoreng makanan yang kita hidangkan terutamanya melalui kaedah 'deep fry'. Sebaliknya, tukar cara masakan dengan kaedah lain seperti merebus dan memanggang.


Kredit foto: foodal


8. Jangan Makan Tanpa Henti

Tujuan kita berpuasa adalah memberi rehat kepada sistem badan yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Amalan makan berterusan selepas berbuka sehinggalah masuk waktu sahur adalah amalan yang tidak sihat. 


Kredit foto: deviantart

Kesimpulannya, bulan puasa adalah bulan untuk beribadat. Tingkatkanlah ibadat, dan bersederhana dalam pemakanan. Kawal nafsu sebaik mungkin. Selamat berpuasa! - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 9-5-2019 11:06 AM
Tips yg sama tiap2 tahun.tp tiap2 tahun jgk ai failed
Tahun ni lg la teruk.asik minum air manis je.
Mkn oat berkotak2 pon kalau minum air manis xjd jgk
Quote Artemesiaa 9-5-2019 11:34 AM
Makan macam biasa macam dibulan2 lainnya, yang jadi naik sebab terlebih makan dari kebiasaan terutama lepas waktu berbuka
Quote mieymiey 9-5-2019 02:55 PM
Air manis iols takleh tinggal
Quote bedahmulutpuaka 9-5-2019 03:07 PM
Day 4, x sentuh lg air manis.. Stanby air mineral botol besar time buka.. Makan suku suku separuh.. Pastu makan kuih sekadar merase je.. Memang x mengah, still bertenaga untuk terawih.. 8mlm stop makan, sahur minum air masak je..
Quote fifie_olin 13-5-2019 10:45 AM
klu x jgn mkn x mustahil bole jd lbh gemok drp sblmnya
Quote schabella 19-5-2019 04:39 PM
jarang minum air manis2 ni
Quote Foxey 25-5-2019 05:34 PM
Bagus tips ni. Biasa buat 1 dan 4 je. Huhu
Quote mzzenma 25-5-2019 10:20 PM
mzz puasa ni asyik bedal air manis je huhuh berulang2 pula tu minum. Sahur je rajin minum air masak..

tapi kali ni puasa ok pula. Tahun2 sebelum ni asal puasa je mesti sakit kepala and pengsan.. tahun ni alhamdulillah ok sgt2..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.031269 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top