Baru berusia 10 tahun, Nur Nadira Balqis Abdul Khalid disahkan menghidap kanser ovari. Kanak-kanak itu masih belum memahami apa yang dilaluinya namun hakikatnya terpaksa meneruskan kehidupan tanda ovari kanannya.
Selepas pembedahan pada Ogos lepas, Balqis hanya menghabiskan masa dengan melukis dan berubah menjadi pemalu. Ibunya, Siti Khalijah Che Hat, 51, berkata, “Pada mulanya dia mengadu sakit perut, saya membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan doktor mendapati terdapat ketumbuhan di ovarinya, selepas itu pembedahan dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan doktor mengesahkan Balqis mengidap kanser ovari tahap tiga. “Kini dia sudah tujuh kali melakukan rawatan kimoterapi, namun saya perasan selepas disahkan menghidap penyakit itu Balqis berubah menjadi seorang yang pemalu dan kurang bercakap." Harian Metro melaporkan, Khalijah juga sedang lemah kerana menjalani pembedahan membuang bisul di belakang tengkuknya pada minggu lalu.
Dua beranak itu kini terpaksa menumpang di rumah adiknya Mohd Dizan, 41, di kampung berkenaan berikutan tidak mempunyai kenderaan untuk berulang alik setiap hari ke HSB bagi mencuci luka pembedahannya. “Saya dan suami hanya menoreh getah dengan pendapatan tidak sampai RM500 sebulan, tambahan di musim hujan, pendapatan kami akan turut terjejas, saya sekeluarga hanya mengharapkan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan. “Tiada sebarang persiapan untuk menyambut Ramadan, hendak beli baju raya untuk anak-anak pun tidak mampu, mujurlah anak sulung dan kedua saya sudah bekerja dan mereka lah yang membeli baju raya untuk adik-adik.' Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada Balqis boleh menyalurkannya ke akaun Maybank Siti Khalijah (152023491757) atau menghubunginya menerusi nombor 013-4679548. -CARI |
akuMNdia: aku pernah terbaca ada yg baby lagi dah kena kanser ovari ni..apa punca sebenarnyer?pernah jugak terbaca letak/sapu bedak baby kat bahagian kemaluan b ...
akuMNdia replied at 9-5-2019 11:47 AM
aku pernah terbaca ada yg baby lagi dah kena kanser ovari ni..
apa punca sebenarnyer?
pernah jugak ...
sarahmirza replied at 9-5-2019 12:32 PM
Baby tak payah la bedak bagai..
Bedak tu kan debu.. Masuk hidung, mulut, mata anak...
Bab b ...
d_anne04 replied at 9-5-2019 01:19 PM
mak-mak kita dulu mmg suka buh bedak...
kali ni bila kita x buh kat cucu dorg..bising cakap bau b ...
helicornia replied at 9-5-2019 11:59 AM
dalam bedak tu ada kandungan asbestos.penah baca j&j kena saman kat luar negara sbb menyebabkan p ...
ADVERTISEMENT