CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Dituduh Jaga Tepi Kain Orang Sebab Ambil Gambar Orang Tak Puasa

10-5-2019 11:03 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 15726| Komen: 138|Original author: Oleh: Azza



Dek kerana 'tweet' hormati bulan Ramadan bersama sekeping gambar sebuah keluarga sedang makan di sebuah restoran, pengadu dituduh 'jaga tepi kain' orang.


Biarpun niat asalnya untuk menegur sikap segelintir muslim dewasa yang makan di tempat terbuka tanpa segan silu, namun dia pula yang dikecam kerana sanggup mengambil gambar sebuah keluarga lalu memalukan mereka di media sosial. 

Adakah ini akhlak seorang Muslim untuk mengaibkan orang lain atau kita sebenarnya sudah kurang sikap menghormati orang lain?

Kredit foto: Twitter

Rata-rata netizen di Twitter merasakan itu adalah hak keluarga tersebut untuk makan di sana. Jadi tiada masalah kerana mereka makan di restoran, bukannya di tepi jalan hingga memudaratkan orang lain. Yang menjadi masalah ialah mengambil gambar orang lain tanpa izin lalu menyiarkannya di media sosial. Walaupun meletakkan emoji di wajah, ia tetap menyalahi hak peribadi.



Kredit foto: Carian Internet

Hal yang sama turut dikongsikan oleh mereka yang tidak dapat berpuasa kerana keuzuran. Kerana 'mind set' beginilah menyebabkan wanita yang uzur terpaksa makan secara bersembunyi hingga memudaratkan mereka. Bagi golongan ini, mereka harus diberi peluang untuk berbuka tanpa pandangan serong. Malahan mereka tidak kisah pun jika ada yang berbuka puasa di depan kerana husnuzon.


Kredit foto: Carian Internet

Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan pendapat liberal tersebut. Masih ada yang berfikiran jika terpaksa berbuka puasa sekalipun, haruslah dalam situasi menyorok agak perbuatan itu tidak diketahui orang lain. Ini kerana Melayu liberal sebegini lah yang akan membuat orang lain memandang serong kepada penganutnya.


Jadi, setelah mendengar kedua-dua alasan mengenai orang dewasa berbuka puasa di khalayak ramai, anda bersetuju yang mana satu? - CARI 
1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 10-5-2019 11:11 AM
Whatde??
Yg tudung putih tu mcm org tua oklah tak puasa, yg 2 org lagi tu mcm segar bugar dah kenapa tak puasa!!
Bagus viralkan biar tahu malu..kat public pun berani makan, kat rumah sendiri lebih lagi agaknya
Quote sepiITUindah 10-5-2019 11:16 AM
malu?? malu kat sape
Quote TravellingBear 10-5-2019 11:20 AM
nazzse replied at 10-5-2019 11:11 AM
Whatde??
Yg tudung putih tu mcm org tua oklah tak puasa, yg 2 org lagi tu mcm segar bugar dah kena ...

Sy berpendapat yg pakai tudung tu mak dia ... temankan yg tak berupaya puasa (anak kecik & lagi sorang tu nampak macam lelaki ... maybe sakit atau baru balik hospital etc... masa saya kecik2 pon mak sy pernah temankan sy makan kat kedai , sedangkan mak puasa je
Quote dua_chzy 10-5-2019 11:20 AM
Bodohnya acik. Selayaknya dikecam. Takat malu depan manusia buat hapa if depan Tuhan boleh rilek tatau malu dok sekendel mesej lucah2, hanto gamba bogel segala dengan laki orang (sekadar menyindir)?
Quote weezerfan 10-5-2019 11:22 AM
Sukati je amik gmbr org makan. Tah2 depa tu musafir ke. X boleh ke puasa2 ni bsangka baik sikit.
Quote hyunniesSS501 10-5-2019 11:54 AM
sebelum viral boleh tak ko tanya dulu family tu.
jangan gila viral sgt dek non
Quote nolya 10-5-2019 11:54 AM
weezerfan replied at 10-5-2019 11:22 AM
Sukati je amik gmbr org makan. Tah2 depa tu musafir ke. X boleh ke puasa2 ni bsangka baik sikit.

people has many reasons not to puasa but people has no reason not to respect the Ramadhan. Puasa means menahan diri. So bila U tak puasa sekalipun (atas sebab2 tersendiri) sekurang2nya ambilah penduli untuk memaknai apa itu Ramadhan. Susah benarkah muslimin nak berikan sedikit keistimewaan kpd Ramadhan.
Quote cm_vungtau 10-5-2019 11:57 AM
Mungkin mereka musafir, ataupun ada penyakit yg tak boleh puasa. Perempuan attention seeker.
Quote EvieWanKenobi 10-5-2019 11:58 AM
tak puasa takpe tapi hormatilah
orang yang berpuasa..
Quote gaara_X 10-5-2019 12:02 PM
penyakit orang zaman skang....viral dengan ambil gambar tanpa usul periksa...
Quote True-X 10-5-2019 12:04 PM

Quote True-X 10-5-2019 12:06 PM
serius aku x paham dengan manusia berpuasa tapi sentap dengan org yg tak puasa dan makan...

depa nak makan mane lagi..... lantak dia laaaaaa

kengkunun puasa nak rase org miskin berlapar... tp org miskin lapar xde pulak dai suruh org kaya jgn makan depan dia......

paham./. paham..paham?
Quote fifie_olin 10-5-2019 12:08 PM
bole je nk mkn tp biarla tmpt tersorok org x nmpk
hormat la bln yg mulia ni
sekali sethn kot
Quote AnBulisia 10-5-2019 12:09 PM
semua mengetahui bulan ramadhan, umat islam dilarang makan pada siang hari. itu intipatinya.
kalau kau faham intipati ibadat puasa ini, kau akan ada rasa hormat, rasa malu dengan arahan dari Allah swt walaupun kau dibolehkan untuk tidak berpuasa.
janganlah makan secara terang terangan di khalayak awam hanya disebabkan kau dibolehkan untuk tidak berpuasa. hormati bulan ramadhan dan amalan ibadat itu sendiri
kenapa dituduh yang mengambil gambar ini membuka aib, sedangkan keluarga ini sendiri yang membuka aib mereka sendiri. memberi bola tanggung untuk pelbagai orng membuat andaian.
Quote nenekglamer 10-5-2019 12:12 PM
Ni pndapat aku la. Org2 ni makan di tempat yg khas utk org makan. Bukannya makan di tmpt lain nganjing2 menunjuk2 mcm mkn kt tepi jalan or dlm mall depan2 muka org. To me it is not a problem memandangkan the place is specifically for eating. N it is open for business. Dan ada golongan yg xdiwajibkan puasa dlm keadaan tertentu. Celah mananya yg xhormat org yg puasa????

Yg bermasalah adalah org yg mendekati tmpt makan ni sedangkan dia (kononnya) berpuasa. Apekejadahnya??? Xde keje ke? Pastu aibkan orang - sedangkan dlm Islam kita disuruh tutup aib org.

Quote Artemesiaa 10-5-2019 12:17 PM
Viralkan gambar orang macam tu pun tetap salah juga
Quote airisa 10-5-2019 12:36 PM
baru je semlm lalu kat food court bawah intermark otw ke car park .. nampak selamba je satu meja wanita bertudung makan
Quote pavlovachoc 10-5-2019 12:40 PM
sikit2 nk viral .. menyampah  
Quote jpbstarlife 10-5-2019 12:45 PM
manner mana manner.. utk kedua dua pihak..

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056753 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top