CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Peraturan Baharu Cermin Gelap, Netizen Desak Menteri Pengangkutan Buat 'U-Turn'

10-5-2019 11:30 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5675| Komen: 20|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Kredit foto: JPJ


Pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berhubung kelonggaran yang diberikan terhadap penggunaan cermin gelap pada kenderaan menerima bantahan daripada para netizen.

Mereka menyuarakan pandangan sedemikian dalam ruangan komen dalam laman Facebook milik Anthony berikutan pengumuman yang dibuatnya pada 7 Mei.

Antara kebimbangan yang disuarakan menyentuh tentang aspek keselamatan jalan raya dan menyukarkan usaha polis membendung kegiatan jenayah.

 
Kredit foto: Facebook


Malah, netizen turut meminta Anthony melakukan pusingan U dengan membatalkan atau menangguhkan peraturan baharu tersebut.

Kredit foto: Facebook

Ada juga dalam kalangan mereka yang mempersoalkan pelaksanaan peraturan baharu yang berkuat kuasa mulai 8 Mei itu kerana ia didakwa memihak kepada golongan kaya.

Kredit foto: Facebook

Anthony Loke Siew Fook. Kredit foto: Malay Mail

Walaupun menerima dikecam hebat serta dikritik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Anthony tetap mahu meneruskan pelaksanaan peraturan baharu cermin gelap itu. 

Memetik laporan Malay Mail pada 9 Mei, beliau menyarankan agar PDRM mengkaji teknologi terkini untuk mengesan penjenayah dan bukannya terlalu bergantung kepada pemeriksaan kenderaan semata-mata.

Mungkin ini salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan kutipan hasil memandangkan pemohon perlu membayar yuran permohonan sebanyak RM50 dan sekiranya diluluskan, mereka perlu membayar RM5,000 untuk permit yang sah selama dua tahun.

Namun, pandangan semua pihak terutamanya agensi keselamatan dan rakyat perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat serta diumumkan. - CARI
4

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fizamn 10-5-2019 11:46 AM
kalo dah kongsi gelap geng ster setakat 5k sure mampu milik laa... pasnie rajin la polis tahan semua kereta bercermin gelap .. ye la mana taw seludup senjata byk byk kat back seat..  mcm cerita ekin cheng gengster.. semua cermin gelap....  
Quote lemak_masin 10-5-2019 11:52 AM
Pernah sewa kete kat medan, cermin gelap. Siang memang ler best, tak panas . Kalau malam siksa.. gelap! Tambah kalau jalan kampung tak berlampu & hujan.. haru..! Tak payah ler gelap2 sgt.:  kalau nak perlindungan uv tu guna laa tinted yang berkualiti..
Quote Skuau 10-5-2019 12:33 PM
fizamn replied at 10-5-2019 11:46 AM
kalo dah kongsi gelap geng ster setakat 5k sure mampu milik laa... pasnie rajin la polis tahan semua ...

baik polis acuh x acuh jer buat pemeriksaan....selamatkan diri sendiri....dulu.
Quote kasibiman 10-5-2019 12:36 PM
Mmg masalah utama mafia tint cermin belakang ialah issue blind spot Dan line of sight pemandu belakang mereka.

Kene pulak kalau jalan Raya biasa and these idiots with mafia tints jenis suka hug line tengah jalan.

Org nak memotong terpaksa ambil risiko Gila Babi.
Quote HannahMontana 10-5-2019 01:18 PM
PH xlayak jadi kerajaan
Quote talapia 10-5-2019 01:34 PM
kasibiman replied at 10-5-2019 12:36 PM
Mmg masalah utama mafia tint cermin belakang ialah issue blind spot Dan line of sight pemandu belaka ...

ha.. line of sight... itula yang selalu jadi masalah bila follow kereta2 mafia tint ni... dah rasa mcm follow bas. Tak nampak depan.. nak memotong payah... nak brake ke hape.. mmg 100% based on kete dia ajela... tu yg kalau lambat jawabnya cium bontot kete la. Biasa kalau kita nampak kerete depan depan, kita bole agak bila nak brake..
Quote matbad 10-5-2019 01:35 PM
Bagus jgk tinted ni utk kaum hawa..handbag bagai boleh letak blakang bagi peragut2ntak nmpk arrr nak pecah cermin ambk handbag..
Aku risau dowh mak aku drive kalau kreta tak tinted..
Senang2 ja puak2 ragut pecah cermin kreta
Quote Simunggu 10-5-2019 01:39 PM
salah satu keputusan dari menteri PH yg aku sokong....sudah lama patut buat, tak bagi org buat juga, bagus bagi legal...
Quote Simunggu 10-5-2019 01:41 PM
lemak_masin replied at 10-5-2019 11:52 AM
Pernah sewa kete kat medan, cermin gelap. Siang memang ler best, tak panas . Kalau malam siksa.. gel ...

janganlah letak gelap sangat.... nak mampus...
Quote tipuware 10-5-2019 01:55 PM
Dia ni penah bt pusingan u turn ke tak?
Quote mdhelmi 10-5-2019 02:49 PM
aku ok je
anak2 aku xdela silau sgt tido blkg
cermin blkg pon aku gelapkan sbb aku jenis silau
kalo kete dpn pon cermin gelap aku jarakla lebih sikit
Quote CharlesDera 10-5-2019 02:50 PM
makin ramai la sepet2 bawak kegheta masuk jalan tak guna signal...bila berlanggaq salah mangsa sebab tak nampak kegheta besaq dia...wakakakakakakakakakakakakakakakakka
Quote pyropura 10-5-2019 03:48 PM
Hahaha .... Kena sebijik polis yang berfikiran primitif
, beliau menyarankan agar PDRM mengkaji teknologi terkini untuk mengesan penjenayah dan bukannya terlalu bergantung kepada pemeriksaan kenderaan semata-mata.

.... Belajau lah dari polis dikebanyakan negara dunia ini, rata2 negara mereka guna cermin gelap
Quote cuda 14-6-2019 04:45 PM
Sibuk tinted gelap2, kalau terpengsan kat dlm kete tu berulatlah kau sensorang. Tak ade org tau.
Quote cHimo 14-6-2019 09:59 PM
Jepun tinted gelap ok je pun... tak nak cium bontot kereta depan jaga jarak la
Quote kelana36 14-6-2019 11:04 PM
Banyak negara negara maju yang ok jer guna cermin gelap ni.
Kalau kereta besar kat depan macam velfire, alphard, hilux etc tu pun bukan nampak kereta kat depan dia, kalau cermin gelap nak di jadikan alasan. Keep the distance la, jangan rapat sangat, better line of sight.

Ia berguna jugak untuk melindungi instruments di dalam kereta dari kena direct sunlight. Tau jerlah panas matahari kat negara kita ni. Most of the cars sekarang ni banyak guna electronics parts, yang sensitive to heat.
Quote renko 15-6-2019 03:43 PM
lah dulu monyet2 yg komplen ni gak melolong pasal tinted cerah
panas la silau la apa lancau la
dasar monyet
Quote shamsadis 15-6-2019 04:23 PM
dah pasang cermin gelap pastu rabun buta jadinya
Quote totokreturn. 16-6-2019 06:19 PM
Tak kan la myvi cabok nak letak tinted gelap, kurang2 velfire

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.041328 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top