CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangkitan Monkeypox Pertama Disahkan Di Singapura

10-5-2019 12:37 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3118| Komen: 5|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Kementerian Kesihatan Singapura  (MOH) mengesahkan jangkitan penyakit Monkeypox pertama di negara itu melibatkan seorang warganegara Nigeria yang baru tiba bulan lalu untuk menghadiri sebuah bengkel di negara itu.



Lelaki berumur 38 tahun itu disahkan positif dijangkiti penyakit yang jarang ditemui itu. Biasanya ianya menjangkiti manusia daripada haiwan, kata jurucakap MOH Rabu lalu. Pesakit itu kini menjalani rawatan dan kuarantin di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) negara itu dan dikhabarkan dalam keadaan stabil.


Kredit foto: Carian Google
Seramai 22 daripada 23 orang yang pernah bersentuhan atau duduk berdekatan dengan lelaki itu turut dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, salah seorang daripadanya adalah peserta bengkel sama yang telah meninggalkan Singapura pada 5 May lalu. Bagaimanapun, lelaki itu melaporkan kepada MOH bahawa beliau tidak menunjukkan sebarang simptom setakat ini. Walaupun jangkitan antara manusia sangat jarang, MOH berkata mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko.



Kredit foto: Carian Google
Menurut siasatan, lelaki itu menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Nigeria di mana hidangan yang disediakan adalah binatang buruan liar, yang disyaki sumber jangkitan itu. Binatang buruan liar seperti monyet, gorilla, kelawar dan babi hutan adalah antara menu hidangan biasa di sebahagian benua Afrika.

Rekod menunjukkan lelaki itu tiba di Singapura pada 28 April untuk menghadiri bengkel tetapi mengalami demam, sakit otot dan sendi, dan ruam kulit menyebabkan dia terpaksa berehat di bilik hotel selama 8 hari, sebelum dihantar ke Hospital Tan Tock Seng.


Kredit foto: Carian Google
Dalam kenyataannya, MOH Singapura menyatakan Monkeypox biasanya penyakit yang boleh sembuh sendiri, dan kebanyakan pesakit akan pulih dalam tempoh dua hingga tiga minggu.

Semoga penyakit ini tidak akan merebak ke Malaysia. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 10-5-2019 12:41 PM
teringat citer contagion , babi makan tahi kelawar dan babi dimakan manusia. jadila Gwyneth partlow patient zero. merebak ke serata amerika. harap kuarantin sesape demam dari Singapore
Quote azwanaliori 10-5-2019 01:21 PM
Nooooooooo jgn spread ke sini pls
Quote kucingitam 10-5-2019 02:08 PM
jgn bagi sgporean masuk msia plis..sampai bebila pon takpe..
warga msia yang kerja kat spore diberi cuti khas, gaji jalan...boleh gitu?
Quote CharlesDera 10-5-2019 02:32 PM
bukti teori evolusi yang DIPERCAYAI oleh penduboq2 etis bahawa manusia dulunya hanyalah ayaq mani beruk yang kemudian beberapa lapih kelahiran kononnya bermutasi berubah menjadi manusia.....sehingga ada penduboq2 etis yang mengatakan menduboq binatang itu bukanlah sesuatu yang tidak bermoral tetapi hanya pantang...wakakakakakkaakakkakaa
Quote CharlesDera 10-5-2019 02:34 PM


tengok gambaq ni saya teringat rakan2 saya penduboq2 etis seperti abangberukz aka abangbikerz dan otaku85 aka kotekutaknaik85....wakakakakakakakakakakakakkakakakakakakka

dan tak lupa M5 aka Mangkaq5 aka Monyet5 pendokong teori evolusi dan juga fother-mucker aka father-monker yang mengatakan aurora di ataih langit merupakan bukti wujudnya tarikan graviti....reka fakta sains sendiri memang kehandalan penduboq2 etis bowdow sains....wakakakakakakakkakakakakakakakakakakakkaka

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.162080 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top