Tak senang duduk Nora Danish dibuatnya. Jika sebelum ini dia dikecam riak kerana memuat naik foto 'solat Tarawih pertama', terbaru cara anaknya solat pula dipertikaikan.
Baru-baru ini, aktres itu berkongsi gambar anaknya, Putera Rayqal dan Mohamed Nedrin sedang menunaikan solat. Bagaimanapun, perkongsian itu memakan diri apabila dikritik dan ditegur secara kasar oleh segelintir netizen sehingga ditanya mengikut ajaran mana. Puncanya, gambar itu memaparkan kedudukan tangan Rayqal dan kaki Nedrin yang seolah-olah sedang menguis-nguis. Namun, rata-rata pengikut tidak bersetuju dengan teguran kasar mereka memandangkan masih ada ruang untuk anak Nora memperbaiki solatnya.
Selain komen negatif itu, ramai saja memberi teguran secara berhemah serta memuji Nora yang tidak mengabaikan ajaran agama kepada anak memandangkan gaya hidupnya dilihat agak terbuka. Dalam perkembangan lain, Nora ketika ditemui Utusan mengakui dia hanya akan menerima naskhah jika menepati beberapa syarat. “Keutamaan saya semestinya untuk keluarga. Sebab itu saya akan memilih naskhah yang terbaik sahaja. Saya menerima tawaran berlakon yang boleh menyampaikan mesej yang baik buat penonton," katanya yang menegaskan prinsipnya tidak akan bekerja sehingga lewat malam kerana mahu menguruskan anak-anak di rumah. Kenapa tidak bawa anak sekali ke lokasi penggambaran? Katanya, dia tidak mahu menyusahkan kru produksi serta kasihan pada anak jika terpaksa tunggu lama. Amboi, terus tanya ikut mazhab mana. Tanya elok-elok tak boleh ke, bang? - CARI
|
helicornia replied at 10-5-2019 11:29 AM
yg komen tu sama ada sakit jiwa atau dengki dgn nora.budak kan.korang masa budak dulu mesti semayang ...
JiEunTak replied at 10-5-2019 04:04 AM
....apa yg nowa denis x tayang kat socmed....tinggai kecing berak ngan ja dia x tayang kat ig ka igs ...
MsCinderella replied at 10-5-2019 11:46 AM
x paham artis ni..semua benda nak post kat socmed...pastu tak pikiaq baik buruk bila post....
nak k ...
ADVERTISEMENT