Lelaki warga Filipina menggantung diri di kandang kambing dipercayai kerana kecewa hubungan cinta tidak direstui. BH Online melaporkan, kejadian berlaku jam 8.15 pagi, semalam di Kampung Sebuak, Kuching, di mana mayat mangsa ditemui orang awam tergantung pada dahan pokok dengan leher diikat tali.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki tergantung pada dahan pokok di tepi sungai kampung terbabit. “Setibanya di lokasi, polis mendapati mangsa berada dalam keadaan tergantung dengan tali terikat pada dahan kayu sebelum diikat pada lehernya sendiri. “Pemeriksaan polis di lokasi juga tidak menjumpai sebarang kesan pergelutan,” katanya. Menurut abang mangsa, adiknya masih bujang, namun tidak mempunyai pekerjaan tetap dan jatuh cinta dengan wanita di kampung itu.
Bagaimanapun, keluarga wanita itu tidak merestui hubungan mereka menyebabkan lelaki terbabit mengambil jalan singkat dengan membunuh diri. Dalam nota yang sempat ditinggalkan mangsa, dia berkata amat mencintai kekasihnya dan menjelaskan tindakannya itu supaya kekasihnya tidak lagi melihat mukanya yang dikatakan sial. Dalam satu lagi nota, mangsa memesan supaya nama yang disenaraikannya untuk menggali kubur dan mengangkat mayatnya. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) sementara menunggu kebenaran kedutaan Filipina untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI
|
singajantan replied at 13-5-2019 10:46 AM
bodohnya laa hidup
pastu menyusahkan pula orang yg disenaraikan utk menggali kubur dan menanamnya ...
Malaysia.Doom replied at 13-5-2019 10:50 AM
Kenapa heols Tak gali Kubur Dan kambus terus hidup2.
Satu keje pulak penggali Kubur nak tengok ...
ADVERTISEMENT