Jika korang semua perasan baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mengalami konflik dengan istana Johor terutamanya bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris atau lebih mesra digelar sebagai TMJ oleh rakyat Malaysia.
Hasil konflik itu menjadi bualan dan kritikan rakyat Malaysia yang menyokong dan turut mengkritik kedua-dua pihak itu. Baru-baru ini, seorang penulis dan pengarang Neon Berapi, Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih mesra dikenali sebagai Pipiyapong di laman sosial ditangkap pihak polis kerana mengkritik TMJ. Pipiyapong dikatakan telah ditangkap di kediamannya dan dibawa ke Balai Polis Tampoi, Johor. Hasil dari tweet orang ramai, dikatakan punca kepada penagkapan ini adalah disebabkan tweet-nya yang berbunyi "Ismail Nike panggil mak ke". Penangkapan ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Mahathir yang mengulas berkenaan isu ini di laman Twitter miliknya.
Pipiyapong dikatakan sudah dibebaskan oleh pihak polis. Namun, meskipun hak kebebasan bersuara diamalkan di Malaysia, korang jangan celupar sangat di media sosial tu, nanti ada yang mengetuk pintu pula! - CARI |
riyadhK: Budak sabah kena ambush sebab kritik atuk tu atuk lupa ke?
Sham143 replied at 11-5-2019 08:36 AM
Yang herannya orang yg menghina nabi dan islam tk ditangkap pulak..
ADVERTISEMENT