CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

3 Penyakit Serangkai Ini Perosak Amalan Ramadan, Ruginya!

21-5-2019 03:23 PM| Diterbitkan: zakeynt_o| Dilihat: 2923| Komen: 3|Original author: Oleh: Laks

Dalam beramal ibadah di bulan mulia Ramadan, pastinya ada kekurangan dalam hati yang masih tersisa iaitu nafsu, anak didik syaitan. Meskipun di bulan Ramadan, syaitan dikatakan telah dirantai dan dipenjara, tahukah anda terdapat tiga penyakit hati yang akan merosakkan segala amalan mulia  kita iaitu; RIAK, UJUB, TAKBUR.


Riak ialah melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal atau secara ringkasnya, tidak ikhlas melaksanakan ibadah. Contohnya, beribadah tetapi berharap ada yang memerhati dan memuji ketakwaan serta kerajinan diri.


Ujub pula perasaan bangga diri, kagum dengan kelebihan atau sesuatu yang ada pada diri. Kelebihan diri yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan keperibadian, harta benda, keluarga, kecantikan, kebijaksanaan, atau apa sahaja yang seumpama dengannya.


Manakala takbur ialah menganggap diri sendiri lebih mulia daripada orang lain. Faktor takbur sama seperti ujub tetapi takbur adalah lebih buruk kerana menganggap segala yang lain disekelilingnya adalah tidak bernilai seperti dirinya.


Secara ironinya, ketiga-tiga sifat ini akan menjadikan setiap amalan yang dilakukan tidak diterima oleh Allah. Riak, ujub dan takbur dikategorikan sebagai syirik kecil dalam Islam.


sumber: muslimvillage.com

Sifat takbur terbahagi kepada tiga jenis iaitu: TAKBUR KEPADA ALLAH, TAKBUR KEPADA RASUL DAN TAKBUR KEPADA MANUSIA.


TAKBUR KEPADA ALLAH merupakan sifat takbur yang paling bahaya kerana mencabar kekuasaan Allah sebagai Tuhan sekalian alam. Ini semestinya berpunca daripada sifat jahil, sombong dan ingkar. Antara contoh ialah Firaun yang menabalkan dirinya sebagai tuhan. Sifat ini boleh menyebabkan seseorang itu jatuh Kafir seterusnya mengingkari perintah Allah.


TAKBUR KEPADA RASUL ialah ketidakpercayaan bahawa Rasul mempunyai keistimewaan seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan menganggap Rasul ialah manusia biasa. Ketidakpercayaan ini membuatkan iman seorang Muslim itu tidak lengkap seperti yang dinyatakan dalam enam rukun iman sebagai seorang yang beragama Islam.



TAKBUR KEPADA MANUSIA ialah mempercayai diri sendiri adalah yang paling mulia dan hebat antara manusia yang lain. Ini boleh membawa kepada sikap buruk lain seperti penting diri dan suka menindas orang lain.


Pengakhirannya, sifat RIAK, UJUB DAN TAKBUR hanya akan memberi keburukan kepada diri sendiri sebagai seorang individu yang hidup dalam komuniti bermasyarakat kerana dengan adanya ketiga-tiga sifat ini, individu tersebut akan terhalang daripada mengamalkan sikap-sikap positif dan baik yang lain. Sama-sama kita muhasabah dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. - CARI 


SUMBER: MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nono86 21-5-2019 05:51 PM
Takutnya.. kekadang kita tak sedar kita buat..
Quote rje 25-5-2019 04:43 PM
Minta dijauhkan dari sifat riak takbur ni
Quote Foxey 25-5-2019 04:46 PM
Semoga kita semua dijauhkan dari 3 serangkai ni dan ibadah kita diterima olehNya, aamiin.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.038808 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top