|
Seorang lelaki ditahan polis Indonesia pada 12 Mei kerana mengugut untuk memancung kepala Presiden Joko Widodo atau lebih popular dengan gelaran Jokowi. Suspek, Hermawan Susanto, berbuat demikian menerusi rakaman video yang viral dalam media sosial sejak 10 Mei lalu.
Memetik laporan Detik.com pada 13 Mei, polis membuat tangkapan selepas menerima laporan daripada Ketua Umum Jokowi Mania, Immanuel Ebenezer di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya pada 11 Mei. Jurucakap polis, Argo Yuwono mengesahkan tangkapan tersebut dan menyatakan bahawa kes itu masih dalam siasatan. Jelasnya, Herman ditangkap atas tuduhan menimbulkan bahaya terhadap negara dengan mengancam untuk membunuh Presiden Indonesia. Berdasarkan rakaman video yang tular itu, suspek menyuarakan ancaman untuk memancung kepada Jokowi dalam khalayak ramai di tempat awam. Sementara itu, Immanuel memuji tindakan pantas polis menangkap suspek dan mahu tindakan undang-undang diteruskan walaupun Hermawan sudah meminta maaf. Dia turut menggesa agar polis menangkap seorang lagi suspek wanita yang dipercayai merakamkan video berkenaan. Berhati-hatilah apabila berkata kerana buruk padahnya jika terlanjur kata. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.033821 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.