Kemunculan poster bagi mewarwarkan program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Dari Minda ke Tinta Ilmu: Menghargai Sasterawan Negara bersempena dengan Majlis Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2019 dianggap sangat tidak menarik oleh para pereka grafik Malaysia. Disebabkan rekabentuk poster program ini juga, ia dikatakan memperlekehkan Tetamu Undangannya iaitu Sasterawan Negara YBhg. Dato' Seri A. Samad Said. Pada pandangan pereka-pereka grafik ini, reka bentuk poster program tersebut sepatutnya lebih menarik sesuai dengan imej Kementerian dan Tetamu Undangannya. Mereka juga mempersoalkan siapakah yang mereka bentuk poster tersebut dan bagaimanakah ianya boleh diluluskan untuk sebaran awam. Ada juga yang mempersoalkan adakah ini tahap pereka grafik di Kementerian berkenaan dan apakah rekabentuk tersebut dilakukan dengan menggunakan MS Word atau MS Power Point.
Susulan daripada itu, pelbagai poster baru telah dimuatnaik ke internet sebagai alternatif kepada poster berkenaan. Sememangnya reka bentuk poster-poster yang dicadangkan ini sangat menarik. Menurut perekanya, cadangan ini hanyalah alternatif dan dilakukan tanpa sebarang permintaan atau bayaran. Pereka-pereka ini berharap agar tahap reka bentuk tempatan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik. Isu ini juga dianggap cabaran oleh sebahagian pereka grafik dalam menghasilkan hasil kreativiti yang lebih menarik. Dalam pada masa yang sama, diharapkan Kementerian lebih peka dan mengambil berat akan isu ini bagi menjaga nama baik dan imej Kementerian dan Negara. Pada penulis, tidak kisah apa pun aplikasi yang digunakan asalkan hasilnya menarik dan mencapai objektif. Bagaimanapun, ketelitian dan kesungguhan sangat diharapkan kepada pihak terlibat bagi meningkatkan martabat negara. Mungkin isu ini dipandang remeh, namun reka bentuk yang menarik memberi kesan yang besar kepada pelaksanaan sesuatu program. Reka bentuk yang menarik menunjukkan tahap kepentingan serta membantu menarik lebih ramai peserta ke program berkenaan. Disebabkan itu, produk-produk yang laris hadir di dalam packaging yang menarik. - CARI Kredit: FB Graphic Designer Malaysia
|
whadda replied at 16-5-2019 01:00 PM
memang kalakar la yang first tu.. gambar samad said tu macam gaya aku crop gambar kat telefon je :lo ...
helicornia replied at 16-5-2019 07:48 PM
gelinya misai dan janggut tu..kenapa tk nak kemaskan diri
ADVERTISEMENT