Hati masih terluka tapi Mia Ahmad kata dia tetap akan mempertahankan rumah tangganya. "Ada yang menuduh saya 'meroyan' dan sengaja menyelak aib rumah tangga, tetapi suami tahu kenapa dan mengapa saya berbuat sedemikian. Orang luar hanya tahu cakap dan menuduh, tetapi mereka tidak berada dalam situasi saya.
"Saya marah, malah jadi tidak rasional kerana dugaan itu berlaku ketika baru dua minggu melahirkan anak. Mujur saya tidak meroyan. Saya anggap ini sebagai sebahagian ujian awal dalam perkahwinan. "Apa yang penting, saya dan suami sudah melepasi detik sukar yang hampir menghancurkan kebahagiaan kami. Saya sudah memaafkan suami dan tidak mahu mengungkitnya lagi," katanya kepada Berita Harian. Sekarang ini dia dan suaminya, yang juga penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan sedang memperbaiki hubungan. "Apabila berdepan dengan episod hitam, kami lebih mengenali antara satu sama lain. Saya hanya mahu bahagia dan tenang apabila memilih untuk mempertahankan rumah tangga.
|
kucingitam replied at 14-5-2019 01:45 PM
bella 2.0 --versi bertudung
doubleA replied at 14-5-2019 12:33 PM
Hmm pada iols la dalam perkahwinan bukan takat suami isteri je tapi seisi dunia tu korang la best fr ...
ninjago replied at 14-5-2019 02:03 PM
wow.. komen uols buat i terpaku kejap..terfikir pasal diri sendiri
doubleA replied at 14-5-2019 05:33 AM
Hmm pada iols la dalam perkahwinan bukan takat suami isteri je tapi seisi dunia tu korang la best fr ...
ADVERTISEMENT