Anggota Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya dalam posting di Facebooknya mendakwa PAS hari ini bukan PAS yang dulu. "Kesian! inilah kualiti Parti Islam yang pada satu masa dahulu sangat disegani. "Sekarang kerja mereka lebih fokus pada seks, cara orang sembahyang, ada biji batu kat depan dia ke tak, cara orang pakai tudung," tulisnya. Posting itu dimuat naik susulan Mohd Khairi Shaari, dipercayai penyokong PAS memuat naik gambar Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bersalaman dengan seorang wanita berserta kapsyen berserta kapsyen positif bersangka baik. Tambah Latheefa lagi, PAS kini dilihat seolah-olah tidak menekankan isu jenayah seperti curi, bunuh dan rompakan harta rakyat. "Yang penting, kita tunjuk betapa “alim” kita ni!" ujarnya. Dakwanya, parti itu sanggup membuat demo bantahan berhubung perkara yang pada hakikatnya patut disokong atas prinsip Islam. Loading FB Post... Isu ini menjadi lebih panas apabila orang ramai mula berdebat dengan pendapat masing-masing. Malah, ia menjadi tegang apabila Mohd Khairi dilihat 'berperang' dengan netizen. Tak boleh beza ke, salam dengan seks? Bila nak berdamai dengan aman kalau semuanya dipolitikkan? - CARI
|
ADVERTISEMENT