Hairul Azreen dengan aksi lasak memang tak dapat dipisahkan. Tengok sahajalah di Instagram, macam-macam stunt dia buat.
Risiko bahaya memang tinggi namun pelakon ini sebenarnya dah dapat keizinan dari isterinya, Hanis Zalikha. Cuma ada satu sahaja aktiviti ekstrem yang Hanis larang iaitu skydiving.
"Saya pun tak tanya kenapa dia larang sebab hanya itu sahaja satu aktiviti yang tak dibenarkan, saya hormati permintaannya. "Mungkin sukan itu terlalu bahaya. Bila dia tak bagi saya buat, saya pun terus jadi fobia," katanya kepada mStar Online.
Sebelum ini ligamen kaki kanannya terkoyak akibat aksi terjun dari tingat dua bangunan tapi sekarang dah semakin pulih. "Hanis okay je masa tahu saya cedera sebab dia tahu macam mana saya nak jaga diri. Kalau masa patah tangan dulu dia agak risau, tapi kali ini dia dah tahu saya nak buat apa." Memang komited nampaknya Hairul dengan kerja, sanggup patah riuk demi menjayakan sesebuah filem. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|