Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, yang hilang sejak 8 Mei lalu ditemui mati dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala di sebuah rumah di Cyberjaya.
Kosmo melaporkan sebelum ini, kali terkahir mangsa menghubungi suami dan anaknya untuk memaklumkan kepulangannya menjelang Aidilfitri nanti. Astro Awani menyatakan, mayat Kharina ditemui berpakaian tidak lengkap dan terbaring di atas lantai. Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan bahan bukti termasuk pisau yang digunakan untuk menikam mangsa. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, "Siti Kharina ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar di bahagian dada dan leher di kondominium Third Avenue di Cyberjaya kira kira pukul 4.20 petang pada Rabu."
Mangsa yang mempunyai anak kembar berusia 10 tahun dan seorang anak perempuan berusia 14 tahun dilihat buat kali terakhir di tempat letak kenderaan Hospital Serdang. Misteri kehilangannya terbongkar selepas individu yang datang untuk membaiki mesin basuh di kediaman itu ternmapak darah mengalir keluar dari pintu rumah. Sementara itu polis telah menahan seorang lelaki Nigeria bagi membantu siasatan. Penahanan itu dibuat hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kondominium disewa mangsa. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, “Penahanan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. “Berlaku sedikit pergelutan ketika tangkapan dibuat kerana lelaki itu dipercayai sudah mengetahui dirinya dicari polis bagi membantu siasatan.” -CARI
|
zulka replied at 13-5-2019 03:25 PM
semoga selamat..jgn la terjadi seperti yg ku bayangkan..
Buritan replied at 13-5-2019 10:04 PM
Tp jln ke kuala pilah tu scary
ADVERTISEMENT