Sebagai tanda protes kerana gagal membayar gaji pekerja, seorang penulis kolum Utusan Malaysia memutuskan untuk berhenti menulis di akhbar tersebut.
Memetik ProjekMM, penulis tersebut Ku Seman Ku Hussain berkata tindakan tersebut juga sebagai tanda simpati kepada bekas pekerja yang masih belum dapat pampasan VSS. “Kepada pembaca-pembaca kolum Dari Puncak di Utusan Malaysia, dengan ini dimaklumkan saya telah menamatkan kolum tersebut bermula Jumaat ini,” tulisnya di laman blog. “Keputusan ini adalah protes saya terhadap pengurusan tertinggi Utusan Melayu dan tanda simpati kepada kawan-kawan yang masih bekerja dan yang telah mengambil VSS.” “Saya faham keadaan kewangan Utusan Melayu dan sanggup menulis dengan percuma bermula 27 September 2018 dan berakhir 3 Mei 2019. “Lebih kurang 30 artikel semuanya. Matlamatnya mahu membantu tempat lama saya,” katanya. “Tetapi melihat keadaan kawan-kawan terabai, hujung bulan bagai menunggu buah yang entah bila gugurnya, tidak ada ertinya sumbangan saya kepada organisasi ini. “Saya zahirkan simpati kepada kawan-kawan dengan protes ini,” katanya lagi. Ku Seman merupakan bekas pengarang Mingguan Malaysia telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam organisasi tersebut. - CARI
|
zidane_ziege replied at 17-5-2019 03:51 PM
Kesian..
Lps ni menulis la kat medsos..maki kerajaan..mana tau bila BN dpt jd kerajaan bole la ma ...
Sazida replied at 17-5-2019 04:33 PM
Pakcik aku pun vss dgn utusan. Now full time buat grab sbb pampasan vss dia bukan dpt sekaligus. Byr ...
batusembilan replied at 17-5-2019 04:54 PM
semoga ur uncle bertabah dan terus kuat. sy pun grab driver tp part timer. hujung july nnti gantun ...
ifanonline: senang aje utusan nak cari duit lebih...banyakkan iklan2 seks, obat kuat, pam pelir dan dsb
Sazida replied at 18-5-2019 05:39 AM
Tulahh., kesian pun ada sbb kdg2 xbalik demi cari rezeki. Mujurlah ank2 dah besar., haa tulahh ram ...
Mary_jane replied at 18-5-2019 11:33 AM
Tapi reputz ni pun cari lah sumber berita yang tepat. Turun pandang, dapatkan info sahih. Skang ni s ...
Malaysia.Doom replied at 19-5-2019 06:31 PM
Yang untung taukeh Cari forum jugak...Tak payah bayar Gaji moderator2 Melayu bongox ni semua.
...
Mary_jane replied at 19-5-2019 06:57 PM
Mesti tak terlepas bangsa melayu tu ya sis.
Sazida replied at 18-5-2019 05:39 AM
Tulahh., kesian pun ada sbb kdg2 xbalik demi cari rezeki. Mujurlah ank2 dah besar., haa tulahh ram ...
ADVERTISEMENT