Bayangkan sebanyak 862.8 kg makanan berjaya dikumpulkan, hanya di dua bazar iaitu bazar Ramadan Paroi, Seremban dan juga Bandar Baru Nilai. Kejayaan itu dilaksanakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan menerusi kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran sejak Isnin lalu.
Memetik laporan Harian Metro, makanan yang tidak terjual diagih kepada golongan memerlukan termasuklah kepada masjid bagi kegunaan moreh. “Di Nilai, makanan yang dikumpul diagihkan kepada masjid manakala makanan di Bazar Ramadan Paroi diagih kepada asnaf, ibu tunggal dan anak yatim,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong.
Kempen itu berlangsung sehingga 28 Mei ini, dan dibantu sukarelawan termasuk dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Raja Melewar, Kechara Soup Kitchen, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA) dan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih (PERKASIH) Negeri Sembilan, katanya lagi. - CARI
|
willow12 replied at 17-5-2019 06:07 PM
Makanan org sedekah atau katering di masjid2 utk berbuka pun byk lebih. Too much food wasted.
Mcm ...
jfq replied at 17-5-2019 05:46 PM
Nak bagi sebelum jual la
Ni dah tak abis baru nak bagi ke semejid asnaf bagai
ADVERTISEMENT