CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketumbuhan Di Buah Pinggang Tapi Doktor Tersalah Cabut Limpa Pula

29-5-2019 11:00 AM| Diterbitkan: Pinokiok| Dilihat: 2335| Komen: 1|Original author: Oleh: Pinokiok


St Paul's Hospital in Causeway Bay, where the spleen removal procedure was performed. Photo: Google Maps

Tempat kejadian, Kredit Foto : South China Morning Post

Di Hong Kong seorang doktor telah dituduh kerana tersilap membuang limpa seorang pesakit wanita yang mengalami masalah ketumbuhan di buah pinggang.


Ujian kesihatan memaparkan organ itu adalah limpa yang terletak bersebelahan buah pinggang. Sebaliknya  ketumbuhan yang terdapat di buah pinggang tidak dibedah kerana faktor keselamatan memandangkan pembedahan tersebut telah mengambil masa sehingga 4-5 jam dan pesakit telah kehilangan banyak darah.


Doktor yang hanya ingin dikenali dengan nama Teoh itu berkata ketika operasi dilakukan dia ternampak tanda lebam di peritoneum pesakit dan apabila dia memotong tempat itu terdapat luka yang besar di organ limpa pesakit. Memandangkan terdapat pendarahan yang parah dia terpaksa memotong kesemua organ limpa tersebut untuk menyelamatkan nyawa pesakit.


The spleen, highlighted in yellow, is an important organ that filters blood. Photo: Shutterstock

Beliau berkata itu adalah perkara yang biasa dilakukan jika dalam keadaan kecemasan dan borang persetujuan juga telah dipersetujui oleh pesakit untuk doktor melakukan operasi di mana-mana tempat yang melibatkan kesihatan pesakit.


Jurucakap Jabatan Kesihatan berkata, siasatan dan laporan menunjukkan hospital swasta itu tidak melanggar sebarang etika serta peraturan yang ditetapkan.


Sementara itu, seorang pakar urologi Dr Kenneth Fu Kam-fung berkata, dia tidak pernah melihat kesilapan itu berlaku di Hong Kong dan ia tidak boleh diterima kerana perbezaan ketara antara buah pinggang dan limpa.


Gambar Hiasan

Dia membuat spekulasi mungkin ada situasi yang jarang terjadi berlaku seperti organ berkenaan berbelit atau pendarahan teruk yang menghalang penglihatan pakar bedah.


Terdahulu, Doktor Teoh telah digantung daripada bertugas selama 6 bulan oleh Jabatan Perubatan pada tahun 2008 kerana telah didapati bersalah menuntut wang rundingan daripada pihak insuran sedangkan siasatan mendapati beliau tidak melakukan sebarang rundingan perubatan terhadap pesakit. -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote puding_caramel 30-5-2019 02:49 PM
doktor cap ayam ke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.035520 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top