|
Chef selebriti, Adamdidam disahkan telah meninggal dunia awal pagi semalam dipercayai kerana jangkitan paru-paru. Adam atau nama sebenarnya Adam Mahamed Ismail sangat berahsia mengenai kehidupannya dan hanya mendedahkan keadaan kesihatannya melalui status kemas kini di laman Instagram beberapa hari lalu. Allahyarham dibawa ke kampung halamannya di Kelantan untuk dikebumikan. Berita pemergian Adam dikongsikan oleh sepupunya, Natasha Amran menerusi Instagram. "Sepupu kesayangan saya, Adam sudah dijemput Ilahi pagi tadi. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang solihin," tulisnya. Berikut adalah kemas kini terakhir Adam di Instagram: "Sudah agak lama saya menghilang namun sukar untuk mengembalikan kehidupan seperti biasa bila ada sesuatu yang mengubah hidup 360 darjah." "Saya berasa tidak terdaya," tulis Adam
Arwah adalah pemenang Hero Oven dan memiliki program masakan sendiri iaitu Ketuhar Kuali siaran Astro tahun lepas. Takziah kepada keluarga dan sahabat handai arwah. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.836442 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.