CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Air Sungai Melaka Bertukar Hitam, Busuk Dan Kotor Akibat Penuh Dengan Bangkai Ikan

23-5-2019 09:39 AM| Diterbitkan: m.manis| Dilihat: 6032| Komen: 24|Original author: Oleh: M. Manis

Kalau ke Melaka, pastinya tidak sah jika tidak berkunjung ke Sungai Melaka dan menaiki cruise. Aktiviti tersebut merupakan aktiviti pelancongan yang boleh dikatakan sebagai wajib; sambil-sambil layan perasaan muka ditampar angin lembut dan menikmati keindahan panorama di tepi sungai.

Namun, aktiviti ini mungkin terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu akibat daripada berlakunya pencemaran sungai yang dikatakan berpunca daripada Batu Hampar, Batu Berendam yang kemudiannya mengalir ke Sungai Melaka dan memasuki kawasan operasi Melaka River Cruise di Taman Rempah. 

Harian Metrio melaporkan, pencemaran tersebut menyebabkan air Sungai Melaka bertukar menjadi hitam gelap dan menjadi punca kepada kematian hidupan akuatik di dalam sungai. Natijahnya, banyaklah bangkai ikan yang timbul di permukaan sungai dan menjadikan keadaan lebih teruk, iaitu pencemaran bau.


Sungai Melaka Tercemar

Mendapat aduan daripada orang ramai, pihak Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka mengambil inisiatif bagi membersihkan kawasan sungai yang tercemar dengan mengerah tenaga seramai 60 orang kakitangan mereka untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Sungai Melaka Tercemar 4

Air daripada sungai yang tercemar turut dilepaskan di laut semasa air laut pasang, iaitu sekitar jam 12 tengah malam. Sekiranya kerja-kerja pembersihan tidak dapat disegerakan, maka Melaka River Cruise berkemungkinan besar akan ditutup operasinya buat sementara waktu.

Semoga segeralah keadaan ini dipulihkan kerana ianya merupakan salah satu daripada punca pendapatan negeri Melaka juga. -CARI
5

Bagus

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 23-5-2019 09:50 AM
Tutup je la sementara buat pembersihan....memalukan sungguh..last year aku naik lepas hujan...ya ampun air bak air kumbahan sajork...masa naik tu aku naik dgn pelancong korea.terjerit jerit minah tu bila ayaq busuk tu terpercik ke muka dia..hawau btol
Quote CiliPadiSedap 23-5-2019 09:56 AM
Baik naik bot pisang kt port dickson, kurang2 blh selisih bahu dengan bakal PM
Quote tikusmontok 23-5-2019 09:59 AM
CiliPadiSedap replied at 23-5-2019 09:56 AM
Baik naik bot pisang kt port dickson, kurang2 blh selisih bahu dengan bakal PM

bakal piyem mana boleh naik bot pisang, dia sakit tulang blakang.
Quote jalfa 23-5-2019 10:08 AM
Tak yah naik bot pishang pon...dok tepi pantai pd ade je bakal pm tengah kutip sampah
Quote umbut 23-5-2019 10:25 AM
jalfa replied at 23-5-2019 09:50 AM
Tutup je la sementara buat pembersihan....memalukan sungguh..last year aku naik lepas hujan...ya amp ...

Hahaha..memang memalukan. Aku naik pun berbau. Anak2 aku x nak naik lagi.. bwekkk
Quote chacon 23-5-2019 10:43 AM

memang busuk airnya.buat malu je orang luar datang mesti menyesal bayar
Quote RatuDunia94 23-5-2019 10:43 AM
Mentaliti kelas ke 3...
Quote prettyuglybabe 23-5-2019 11:27 AM
memang selama ni air dia berbau..
macam bau air longkang..
sungai tak mengalir ke apa teruk na sampai gitu..
bau lumpur pun tak sebusuk tu..
Quote Atata 23-5-2019 11:28 AM
Kannn... Ada ikan mati ke tak mati ke mmg dah air tu sedia busuk. Dah la warna gelap. Eeee. Pastu mcm cruise kat longkang besar je rasa pengalaman tu. Eee mcmana dorang blh confident buat bisnes acah2 Venice kat longkang melaka ni eh?
Quote Asdan 23-5-2019 12:31 PM

boleh ke air ini digunakan sebagai baja tanaman ?
Quote MissVixen 23-5-2019 12:38 PM
Siapa la buat pencemaran tu? Suruh deme berendam dalam tu sampai mati.
Quote gekkou 23-5-2019 12:40 PM
tak pernah nya jernih or wangi air kat sungai ni
tapi ramai je selera naik river cruise kat melaka
tak faham aku
Quote ^pomen_GTR^ 23-5-2019 12:51 PM
river cruise melaka ni setau aku la... sungai situ dari azali lg mmg hitam n baukkkkk....

sbb rumah2, bangunan2, kedai2 especially kedai makan punyalah berderet sepanjang sungai tu....
faham2 je lah aliran kumbahan sinki dapur diorg kemana...
Quote giyomi 23-5-2019 06:09 PM
3 thun lpas masa akak gi berholiday kesana, airnya mmg berbau, sekarang bila ada kes camne, makin bau lar lagi
Quote AbukRokok 23-5-2019 06:19 PM
jalfa replied at 23-5-2019 09:50 AM
Tutup je la sementara buat pembersihan....memalukan sungguh..last year aku naik lepas hujan...ya amp ...

nu mesia
nu melakah
nu watah



Quote jalfa 23-5-2019 08:45 PM
AbukRokok replied at 23-5-2019 06:19 PM
nu mesia
nu melakah
nu watah

Ngak paham den
Quote famri7 23-5-2019 08:57 PM
Ujung2 hauk jua melaka negeri hang tuwah..dulu duk gebeng palong bersih. Indah permai disukai ramai..ujung2 elohim cashkan dgn sungai bau taik
Quote xtahumenahu 23-5-2019 09:27 PM
Baru naik last march ngan my japanese friend..dia x impress pon..dia siap bosan jahh...cissss

Dia kata kat hk..kat japan pon ada..beautifull kata beliau..cehhh
Quote nononcrux 23-5-2019 10:25 PM
ayoo.. teruknye, bandaraya bersejarah tercemar bau sungai kotor

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.038365 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top