CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Wow! Rupanya Ada Rahsia Di Sebalik Jenama Farm Fresh

23-5-2019 10:26 AM| Diterbitkan: m.manis| Dilihat: 18701| Komen: 60|Original author: Oleh: M. Manis

Kalau anda peminat susu, pastinya anda dapat merasai perbezaan susu jenama Farm Fresh jika dibandingkan dengan susu jenama lain. Memang jauh jika perbandingan dibuat daripada segi keenakan rasa lemak dan keaslian susu.

Tahukah anda disebalik keenakan susu tersebut, ada rahsia disebaliknya? Jom ikuti apakah perbezaannya di bawah. Teruskan membaca!



Susu Farm Fresh ini dihasilkan anak jati Malaysia berbangsa Cina. Tinggal di bandar kecil di Perak, Farm Fresh dibina dengan melihat kepada banyak produk susu tepung di Malaysia. 

Dengan impian ingin membina satu empayar jenama susu berkualiti, pengasas Farm Fresh, Loi Tuan Hee telah membeli sebidang tanah di Johor dan mengimport 60 ekor lembu baka Holstein Jersey dari Australia.


Sangat mencintai bidang akuakultur dan alam, Loi menjalani ujian kualiti susu dengan ketat supaya susu yang sampai ke tangan pengguna merupakan susu berkualiti. Susu yang rendah kualiti yakni tidak sedap dan berbahaya, akan dibuang. Walaupun kerugian yang dialaminya adalah besar.


Susu Farm Fresh 2

Mendapatkan bantuan daripada seorang rakan yang bekerja di Khazanah Nasional, Loi cuba memanfaatkan Plan Industri Tenusu Negara demi menjayakan impiannya. 


Susu Farm Fresh 3

Ujian kualiti susu yang dijalankan menjadi semakin ketat. Segala teknologi dan peralatan yang digunakan adalah bertujuan untuk menjaga kualiti susu. 


Susu Farm Fresh 4

Hasil daripada kegigihan dan ketekunannya, akhirnya Loi mampu berdiri teguh dalam industri susu. Walaupun kejayaan ini berjaya digapai dalam masa singkat berbanding tempoh yang beliau sasarkan, ini membuktikan dengan kesungguhan semuanya mampu diatasi.

Lihat sahaja kini, susu jenama Fresh Farm sudah berjaya berdiri seiring jenama susu terkenal, malah jauh lebih kehadapan jika dibandingkan dengan susu jenama lain.

Ada produk tempatan, kenapa perlu sokong produk luar, bukan? Siapa kata produk Malaysia tidak mampu mengalahkan produk global, sila ceritakan pada beliau mengenai Farm Fresh. - CARI
3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • yayalan101010

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote holothurian 23-5-2019 11:05 AM
aku suka air yogurt dia... dap {:run
Quote ashk4nn 23-5-2019 11:33 AM
tp aku banyak kali dah kena susu ni bukak je dah basi.
Quote fishcracker 23-5-2019 12:10 PM
Nubian goat milk farm fresh pun sedap {:love
Quote eyansss 23-5-2019 12:16 PM
tokey farmfresh ni sangat baik (pengakuan driver dia)...  sentiasa memberi kat pekerja...  tak sombong...  masa lepas dia tengok product2 dia,  dia selamba je pegi kat driver mintak kunci kereta...  dia nak amek kereta sebab dia tengok driver dia tengah ralit berborak...

dulu kan penah orang complaint pasal susu masam (which rupanya dia beli yogurt...  hahaha)...  cs dia respond sangat lembut n siap deliver beberapa botol susu kat orang tu...
Quote eyansss 23-5-2019 12:17 PM
ashk4nn replied at 23-5-2019 11:33 AM
tp aku banyak kali dah kena susu ni bukak je dah basi.

ko boleh complaint n dapatkan ganti...  susu ni memang mudah basi sebab takde letak preservatives...
Quote Sazida 23-5-2019 12:39 PM
Iols beli xpernah dpt yg basi. Low fat milk dia sedappp sgt. Lg sedap dr HL marigold tu. Yg susu kurma tu husband iols sendiri ckp mmg xde yg boleh lawan farm fresh. Tp haritu iols try beli susu kurma summerfield, not bad jugak lah. Tp xsure ada sugar ke x. Knowing susu kurma farm fresh mmg xde gula.
Quote matchstick 23-5-2019 12:55 PM
Beberapa kali jgk beli dpt susu farm fresh ni masam..smpi tahap berenti skjp beli susu ni, tukar brand lain. Xtau salah pasaraya ke mmg dkt pengeluaran. Tp sbb jauh nk pegi balik ke aeon midvalley tu mmg redho je lah x komplen. Minggu lps beli balik susu ni naseb baik sedap x masam.
Quote kakakau 23-5-2019 12:56 PM
susu kurma paling sedap
Quote farrah87 23-5-2019 12:58 PM
owhh baru tau..di sebalik farm fresh selalu minum je haha
Quote putericahaya999 23-5-2019 01:02 PM
Susu kurma bagi i terlalu manis
Quote iznanaziz 23-5-2019 01:04 PM
holothurian replied at 23-5-2019 11:05 AM
aku suka air yogurt dia... dap {:run

yogurt farm fresh ke?
ingatkan ada susu je?
Quote baby_nurin 23-5-2019 01:33 PM
putericahaya999 replied at 23-5-2019 01:02 PM
Susu kurma bagi i terlalu manis

Kalau saya buat air, sure u kata manis giler sbb susu kurma tu bg saya tk manis, cuma berlemak....

Btw, saya mmg kuat minum manis. Kalau rasa tak manis, akan tambah lg gula bio manis... haihhhhh bila la nak insaf!
Quote putericahaya999 23-5-2019 01:34 PM
Sy minum kopi x buh gula
Tapi betullah tak tertelanlah susu kurma farmfresh too sweet
Quote Lelaputra 23-5-2019 02:04 PM
Suka Susu kurma dia...rada tiada tandingan. lemak manis tapi tak bergula.
Quote nononcrux 23-5-2019 02:14 PM
sedap emm.. buka minum ni je dah full
Quote yayalan101010 23-5-2019 02:34 PM
mmg sedap anak suka..
Quote Hizert 23-5-2019 02:43 PM
Aku suka susu coklat dia...coklat2 ala2 dibawah gitu..kena shake2 sikit then aummm...sedappp
Quote auntyjems 23-5-2019 02:46 PM
cafe latte dia malatopss, kaw
Quote CiliPadiSedap 23-5-2019 04:18 PM
Nk fresh sedut je dari kopek lembu

Kaka suka susu peladang dari jabatan veterinar kluang johor, dulu satu botol 70 sen sekarang saiz dh berubah harga rm 3/4..

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.046511 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top