Susulan insiden runtuhan Terminal Bas Bersepadu Gombak awal pagi tadi, Smart Selangor Command Centre (SSCC) dikatakan akan terus memantau dan membuat tindakan susulan. Dalam satu kenyataannya seperti dipetik Harian Metro, SSCC menerima maklumat mengenai kejadian itu yang berlaku jam 1.05 pagi.
“Punca runtuhan Terminal Bas Bersepadu Gombak masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Kesemua pekerja dan mangsa disahkan bukan warganegara. “Dimaklumkan, seorang mangsa masih terperangkap dalam kejadian runtuhan itu manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan dan di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya. Difahamkan, semua agensi respon masih giat melakukan kerja penyelamatan mangsa yang terperangkap. Media sebelum ini melaporkan, sepasang suami isteri warga Indonesia cedera ringan, manakala seorang lagi buruh kontrak masih terperangkap dalam rutuhan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 1.13 pagi sebelum 46 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikerahkan ke lokasi. - CARI |
nasbab86 replied at 23-5-2019 03:22 PM
alang2x tu nk tny. terminal bersepadu gombak ni mcm tbs ke? hentian bas erk? ke timur ke?
ADVERTISEMENT