Diam tak diam kita sudah pun memasuki 19 Ramadan dan sudah pastinya ramai yang mula membuat persiapan untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang disamping mengejar amal ibadah pada bulan yang mulia ini.
Pastinya ramai yang bercadang mahu menempah, membeli atau membuat sendiri biskut raya sebagai hidangan untuk para tetamu kelak. Tidak dinafikan masih ramai yang tidak mahir dan takut untuk menyediakan biskut sendiri kerana khuatir tidak menjadi. Namun, menerusi laman Sirap Limau, kami kongsikan resepi yang cukup mudah yang tidak perlu dibakar menggunakan oven. Resipi ini sangat mudah dan pasti menjadi. Jom sama-sama lihat resepi biskut ini.
Bahan-bahan : 1) 4 cawan tepung gandum 2) 1 cawan + 1 sudu besar minyak sapi 3) 1 cawan gula kastor 4) 2 cawan cornflakes yang di ramas kasar 5) Susu tepung secukupnya sebagai salutan biskut Cara-caranya: 1. Cairkan minyak sapi menggunakan periuk atau kuali. 2. Dengan menggunakan kuali yang lain, sangai tepung gandum tanpa minyak sehingga ringan selama lebih kurang 5 minit. 3. Kemudian, masukkan gula kastor dan cornflakes di dalam tepung tadi dan gaul sehingga sebati. 4. Setelah adunan tepung sebati, masukkan minyak sapi yang telah dicairkan tadi. 5. Bentukkan adunan menjadi bulat dan salut dengan tepung susu. 6. Dah siap! Jika suka, boleh susun di dalam kertas biskut dan simpan di dalam bekas kedap udara. Bagaimana? Mudah kan? Resipi ini boleh menghasilkan lebih kurang 50 sehingga 80 biji bergantung kepada saiz biskut. Selamat mencuba! -CARI
|
miarshya: Ini macam biskut arab tu kan, just add cornflakes. Tapi, would the cornflakes stay crunchy?
marlisa_syazana replied at 26-5-2019 05:31 PM
Boleh try ni... Tq ye tt
Daisyna replied at 30-5-2019 03:19 PM
x berkulat ke nanti biskut tu,sbb x dibakar kan so jadi lembab2.
ADVERTISEMENT