Seorang wanita terkejut besar apabila melihat seekor ikan yang mempunyai gigi seperti manusia ketika berjalan-jalan bersama anaknya di pantai Pulau St. Simon, Georgia, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Memetik laporan Mirror pada 17 Mei, Maleah Burrows, 31, ternampak ikan yang pelik itu terdampar tidak bernyawa di pantai. "Kami sedang berjalan di pantai dan ia terdampar agak jauh dari gigi air dan menarik perhatian kami. "Pada mulanya, saya menyangka ia hanya seekor ikan biasa yang sudah tua, tiada apa yang unik tetapi saya masih mahu menunjukkannya kepada anak saya yang berusia tiga tahun. "Apabila kami mendekatinya, saya nampak semua gigi ikan itu dan saya terkejut kerana tidak pernah melihat ikan seperti itu," jelasnya. Ikan yang ditemukan oleh Burrows itu adalah dari jenis 'sheepshead' yang menggunakan giginya untuk menghancurkan udang, kerang dan ketam. Gigi 'sheepshead' mula tumbuh apabila ia sebesar 4.5 milimeter dan memenuhi mulutnya apabila ia berukuran 15 mm. Sesiapa yang ingin berenang di pantai Pulau St. Simon dan kawasan berhampiran seharusnya berhati-hati agar mereka tidak digigit ikan 'sheepshead'. - CARI |
shernazz replied at 24-5-2019 12:25 PM
Ni kalau jumpa ketam kelapa..
Ketam tu angkat bendera putih
Asdan replied at 24-5-2019 12:27 PM
mungkin manusia memang asal ikan, sebab itu jangan bunuh, mereka tak ada kacau manusia
aderaderker replied at 24-5-2019 12:48 PM
Mula2 tu aku terbaca ikan spreadsheet.
miznora replied at 24-5-2019 01:04 PM
Gigi 'sheepshead' mula tumbuh apabila ia sebesar 4.5 milimeter dan memenuhi mulutnya apabila ia beru ...
whadda replied at 24-5-2019 01:05 PM
eee meremang pulak tengok gigi dia banyak camtu
Asdan: mungkin manusia memang asal ikan, sebab itu jangan bunuh, mereka tak ada kacau manusia
TravellingBear replied at 24-5-2019 01:35 PM
Dul dalam opis ler tu
ADVERTISEMENT