CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Manchester City Mahu Beli Kelab Malaysia? Biar Betul Bro Saddiq!

24-5-2019 12:22 PM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 5299| Komen: 24|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Manchester City mengungguli Liga Perdana Inggeris musim ini. Kredit foto: Facebook


"Biar betul, bro!" Itu ayat yang tepat bagi menggambarkan reaksi sebahagian besar peminat bola sepak tanah air sebaik sahaja mendengar ura-ura juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City untuk membeli sebuah kelab bola sepak di Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City, Ferran Soriano di Menara KBS, baru-baru ini.

Memetik laporan Bernama pada 23 Mei, langkah itu merupakan antara perkara yang dibincangkan bagi membangunkan sukan bola sepak di negara ini.

Syed Saddiq menerima jersi Manchester City yang memaparkan namanya daripada Soriano. Kredit foto: Facebook


Sudah tentu pengumuman Syed Saddiq itu mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen, malah ada yang membuat spekulasi berhubung kelab manakah yang bakal dibeli Manchester City.

Kredit foto: Facebook
Ramai juga yang menyatakan bahawa mereka tidak mempercayai pengumuman itu dan mengaitkannya dengan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyediakan siaran Liga Perdana Inggeris secara percuma seperti yang dijanjikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.

Kredit foto: Facebook
Salah sebuah kelab yang baru beraksi dalam Liga Super 2019, PJ City FC menerima bimbingan daripada Manchester City mulai musim ini namun tidak dapat dipastikan sama ada ia bakal disunting oleh gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

Soriano juga tidak menyatakan kelab manakah yang akan dibeli oleh Manchester City.

Kredit foto: FAM
Bagus juga kalau cadangan itu menjadi kenyataan kerana ia boleh merancakkan lagi pembangunan bola sepak di Malaysia agar kembali gah di pentas antarabangsa setelah mengalami zaman kemerosotan sejak sekian lama. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 24-5-2019 12:54 PM
walaupun aku tak minat football...

tapi aku tak percaya...
mat saleh biasa la bermanis mulut...dah dia dtg sini...

ckp jek mcm nak beli...tapi nanti krik2...

SS ni budak lagi...kena timba bnyk ilmu lagi....

sama mcm janji PRU...sampai masa krik2 jek la...U-turn selagi boleh...
Quote pokaibanktokyo 24-5-2019 02:00 PM
Ura ura tinggal ura ura macam biasa lah
Quote Simunggu 24-5-2019 02:00 PM
mimpi tidur antara solat zohor & asar dibulan puasa barangkali dia ini...
Quote HannahMontana 24-5-2019 06:04 PM
omputih tu terpaksa pegang jersey syok sendiri YB Mentah   sedangkan yb mentah pegang dnegan 2 belah tangan hahahahhaah
Quote HannahMontana 24-5-2019 06:05 PM
Bodoh lah ko saddiq

mak ko bodoh
Quote sitipi 24-5-2019 06:16 PM
HannahMontana replied at 24-5-2019 06:05 PM
Bodoh lah ko saddiq

mak ko bodoh

pak dia pun

cai ph pun

cai nuar pun

cai dap

semua bodoh bodoh sokmo belakeee bodoh mu


Quote dino 24-5-2019 06:31 PM
mahu beli kebab malaysia dibilang mahu beli kelab
Quote BoogieChild 24-5-2019 10:03 PM
Dalam dunia ni banyak kelab bolasepak tetapi yg di malaysia yang MCity nak beli.....hmmmmm
Quote HannahMontana 25-5-2019 09:58 AM
Belajar dengan siapa menipu mcm tu? Daud Becham xmahu komen sikit ke?
Quote TravellingBear 25-5-2019 10:02 AM
HannahMontana replied at 24-5-2019 06:05 PM
Bodoh lah ko saddiq

mak ko bodoh

Sejak bila nak maki libatkan mak jangkit spammer sorang tu jgn jgn ngko spammer tu double life
Quote HannahMontana 25-5-2019 10:04 AM
TravellingBear replied at 25-5-2019 10:02 AM
Sejak bila nak maki libatkan mak jangkit spammer sorang tu jgn jgn ngko spammer tu double life : ...

Sebab dia kata mak dia pakar rujuk dia. Mak dia terlibat sama lah.
Quote TravellingBear 25-5-2019 10:07 AM
HannahMontana replied at 25-5-2019 10:04 AM
Sebab dia kata mak dia pakar rujuk dia. Mak dia terlibat sama lah.


Aku tak jumpa mana dia kata yg dia refer mak dia. Mak dia siapa? Aku tak kenal lahhhh ...Bekas skandel pemain bole Manchester City ke hadoiiiii aku plak jangkit cara tulis macam spammer wakakakakakakakakkaa
Quote HannahMontana 25-5-2019 10:09 AM
TravellingBear replied at 25-5-2019 10:07 AM
Aku tak jumpa mana dia kata yg dia refer mak dia. Mak dia siapa? Aku tak kenal lahhhh ...Bekas s ...

ooooooo sadis rupa nya .
Quote RatuDunia94 25-5-2019 01:21 PM
Hahahaahaahhahaha.....hahahahahhaha
Quote rje 25-5-2019 02:13 PM
Tu la tido x cuci kaki..kan dah ngigau
Quote wana89 25-5-2019 03:56 PM
Korang ni..
Quote Gintoki07 25-5-2019 05:22 PM
Mat Saleh tu sendiri terkejut statement si Saddiq ni. Mat Saleh tu datang untuk Sponsor event, tapi tak pasal2 kena guna si Saddiq penipu ni. Hahahaha
Quote c===8 25-5-2019 05:28 PM
Budak ni sebijik arwah pak jabid,kalau bagi mic selagi x putus karan selagi tu la dia nak bercakap
Quote cHimo 25-5-2019 10:27 PM
perkara biasa jaa bagi meluaskan fan base dan untuk jana pendapatan lain...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.122070 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top