CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 'Meletup' Direnjat Atas Kereta Api Ketika Cuba Tunjuk Hero

24-5-2019 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7099| Komen: 33

Padah tunjuk lagak 'hero' depan kekasih, remaja lelaki 'meletup' dan meninggal dunia di atas sebuah kereta api kargo yang tidak beroperasi selepas terkena renjatan elektrik.

Memetik The Sun, Oleg Khoroshaev, 13, sedang merakam swafoto sebelum terkena renjatan elektrik daripada kabel voltan tinggi (27, 500 volt) di Karasuk, Rusia.




Menurut rakaman video dan saksi, remaja berkenaan dilihat menggeliang-geliut dan menjerit kesakitan selepas terjatuh di sisi pengangkutan berkenaan.

Salah seorang saksi berkata, dia melihat sekumpulan remaja lelaki dan perempuan berjalan di sebelah landasan di bandar Karasuk, wilayah Novosibirsk di mana terdapat sebuah kereta api kargo yang tidak beroperasi.



Katanya, salah seorang rakannya berminat untuk mengikuti mangsa memanjat salah satu gerabak dan bertanya bagaimana perasaannya berdiri di atas kereta api berkenaan.

Sebelum sempat dia memanjat, sebuah letupan kedengaran dari atas gerabak terbabit.




Apabila semua orang di lokasi kejadian melihat ke atas gerabak berkenaan, mereka mendapati terdapat kesan hitam di dada Oleg dan tubuhnya terbakar sebelum mereka bergegas menghampiri mangsa untuk memberi bantuan.

Menurut seorang lagi saksi, keadaan mangsa sangat menyedihkan sampai lelaki dewasa pun tidak dapat menahan air mata melihat keadaannya.


Mangsa terbaring di sisi kereta api dibantu pekerja stesen berkenaan

Oleg dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun Pejabat Pendakwa Pengangkutan Barat Siberia dalam kenyataannya mengesahkan mangsa meninggal dunia tiga hari selepas insiden berkenaan.

Walaupun mengakui mangsa memegang telefon ketika kejadian, seorang rakan mangsa bagaimanapun menafikan Oleg berswafoto di atas kereta api berkenaan.


Kredit foto: EAST2WEST NEWS

Difahamkan, polis mungkin akan membuka kertas siasatan jenayah berhubung kematian berkenaan dan semua rakan mangsa termasuk saksi kejadian disoal siasat.

Polis bagaimanapun percaya remaja itu tidak mengalami sebarang masalah sebelum ini dan mereka telah memberi amaran kepada kanak-kanak dan ibu bapa mereka mengenai bahaya bermain di berhampiran landasan kereta api. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caramello 24-5-2019 01:05 PM
Sygnye...muke hensem..
Quote Rainrein 24-5-2019 01:41 PM
Comel budaknye.
Quote merrissa 24-5-2019 01:59 PM
mengeliang geliut
Quote EvieWanKenobi 24-5-2019 02:03 PM
kawan2 nak tolong pun tak berani..
Quote naina 24-5-2019 02:07 PM
Pening penulisan wartawan ni. Atas cakap meletup dan meninggal atas keretapi.
Bawah kata dikejarkan ke hospital dan meninggal 3 hari kemudian.
Tu sisa2 daging mangsa ke?
Quote Kurex 24-5-2019 02:22 PM
Harap ada lagi yg macam muka si mati dekat dunia ni
Quote rykall 24-5-2019 02:24 PM
Sayang betul, muka sangat helok...sia2 mati begitu sahaja.
Quote Foxey 24-5-2019 02:27 PM
Ganteng budaknya.
Quote wacko2403 24-5-2019 02:28 PM
aduh, sia2 je
Quote Zazashar 24-5-2019 02:35 PM
Muka helok, kesian..
Quote nononcrux 24-5-2019 02:54 PM

gaya tik tok barangkali
Quote clarizsa 24-5-2019 03:32 PM
Padanlah muka bodoh sangat
Quote LadyCarefree 24-5-2019 05:33 PM
Dak dak skunk
Quote ikanmasin 24-5-2019 07:18 PM
sayang nya rupa elok.mati sia2
Quote schabella 24-5-2019 11:33 PM
Syg nye muka comel muda lagi.
Quote RatuDunia94 25-5-2019 01:19 PM
Curiousity kills the cat..

Muka helok mcm ni membazir mati awal.. patut datang ke negara asia tenggara terutama pilipin.. confirm akan dilayan bak raja..
Quote rje 25-5-2019 02:03 PM
Rest in peace..
Quote Tweety_Senrose 26-5-2019 04:41 AM
clarizsa replied at 24-5-2019 03:32 PM
Padanlah muka bodoh sangat

hanya sis je komen munasabah. Yg lain terkesima sebab si mati hensem. Coba muka pecah lobang pasti di padankan je oleh acik2.
Quote Buritan 26-5-2019 04:52 AM
naina replied at 24-5-2019 02:07 PM
Pening penulisan wartawan ni. Atas cakap meletup dan meninggal atas keretapi.
Bawah kata dikejarkan ...

Wartawan cari.. nasib baik dia tak tuliss atas mati.. bawah lakkk tak masuk sepital pun terus hidup camano

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.122554 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top