Tinggal beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadan bakal habis dan pastinya, umat Islam di Malaysia sedang sibuk dalam membeli-belah untuk persiapan Hari Raya kelak.
Lokasi-lokasi membeli-belah seperti Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Bangi Sentral bakal dipenuhi dengan lautan manusia yang berpusu-pusu ke butik kegemaran mereka. Namun, semasa membeli-belah ini pastikan korang tidak menyusahkan diri sendiri dan pengunjung yang lain. Ikut 5 tips penting ini supaya pengalaman shopping korang jadi lebih seronok! 1. Booking kedai makan awal-awal untuk berbuka
Kita semua tahu shopping raya ni makan masa sampai berjam-jam, ada juga yang sampai satu hari. Apa kata semasa shopping tu, anda booking dulu meja di restoran yang berdekatan. Barulah selesa semasa berbuka nanti dan tiada yang makan di tepi jalan! 2. Jangan bawa stroller! Ini adalah perkara yang paling wajib korang wajib buat. Jangan bawa stroller dalam lautan manusia! Stroller bakal membuatkan pergerakan pengunjung lain menjadi perlahan dan bakal menambahkan lagi kesesakan. Cuba bayangkan juga anak kecil di stroller yang berada di tengah-tengah lautan manusia. Boleh sesak nafas tu! Terhadkan penggunaan stroller itu di kawasan yang tidak ramai orang sahaja, barulah selesa nak berjalan dan shopping. 3. Cucuk duit siap-siap Kalau anda bercadang nak shopping sakan, jangan lupa keluarkan duit siap-siap. Jangan pula dah tiba di tempat shopping baru korang nak keluarkan duit. Kan dah bazir masa tu kena beratur panjang-panjang. 4. Bawa beg sendiri Kurangkan penggunaan plastik dan sayangilah alam sekitar. Apa kata anda bawa siap-siap dari rumah beg besar yang boleh memuatkan kesemua barang yang dibeli nanti. Nak pegang lama-lama pun tak sakit tangan tu nanti. 5. Tahu saiz baju dan seluar siap-siap Ini juga salah satu perkara yang dapat menjimatkan masa anda nanti. Daripada anda beratur panjang untuk cuba baju di bilik persalinan, apa kata anda cek dulu siap-siap saiz badan sendiri di rumah. Nanti di kedai boleh la ambil terus baju atau seluar tu! Dalam berbelanja, jangan pula boros sangat. Berjimat cermat amalan mulia. -CARI
|
Bell1314 replied at 2-6-2019 07:23 AM
Aq ni suka beli kat online sblm menjelang hari raya sbb sibuk bekerja je dan xde masa nk shopping, b ...
Sunflower101 replied at 2-6-2019 07:28 AM
Eihh, tau x ni...zaman teknologi yg canggih ni, alat2 teknologi spt telefon pintar dh jadi peralat ...
Bell1314 replied at 2-6-2019 07:34 AM
Tau la tu...org2 tua family aq dh bljr pakai telefon pintar, main games, tgk video, online shoppin ...
ADVERTISEMENT