Selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengambil inisiatif lain untuk mendekatkan diri dengan anak muda Malaysia. Beliau kini lebih mesra dan tampak muda meskipun dipalit kontroversi yang besar.
Trademark seperti Bukan Biashe Biashe dan Malu Apa Bossku yang dimulakan oleh beliau sendiri menjadi popular dalam kalangan anak muda Malaysia, sehingga ada yang mencetak perkataan itu di baju untuk dijual. Pada malam 25 Mei yang lepas, bekas Perdana Menteri itu memuat naik sebuah trailer muzik video yang dilakonkan oleh dirinya sendiri. Dengan #MaluApaBossku dan #BukanBiasheBiashe, lagu itu adalah hasil daripada kedua-dua trademark popular itu.
Dengan gaya yang ranggi dan tampak muda, DS Najib Razak menunjukkan isyarat thumbs up di dalam video itu kepada sekumpulan anak muda. Video penuh lagu ini dijangkakan bakal keluar tak lama lagi. Agaknya mungkin ini cara baru DS Najib Razak untuk merapatkan diri dengan anak muda. Apa komen korang tentang video ini, best ke tidak? -CARI
|
hyphrigian replied at 26-5-2019 10:50 AM
jadi badut sungguh la ni
dino replied at 26-5-2019 10:52 AM
biarlah jd badut dr jd menteri stok penipu
kelana36 replied at 26-5-2019 11:16 AM
Bagi peluang la kat dia, enjoy while he can.
cik_chili replied at 26-5-2019 12:55 PM
Image consultant dia pun gone with the wind ke.. perlu ke downgrade mcm tu skali...jagalaa kelas ban ...
dino replied at 26-5-2019 01:00 PM
masa lge buat lagu abc gst classy tak?
cik_chili replied at 26-5-2019 01:03 PM
Ini former prime minister walaupun dia jatuh dgn cara memalukan...bekas pemimpin negara... lge tu ...
dubuk replied at 26-5-2019 11:08 AM
aku yang kehilangan.. dalam diri sendiri..
terkurung dalam bayangan mu....
misc replied at 26-5-2019 01:24 PM
siot aa..aku ternyanyi pulak baca komen ko. lagu siapa ni hah
ADVERTISEMENT