|
Kaum wanita di Malaysia pasti mengenali jenama dUCk Scarf keluaran Fashion Valet. Rekaan dan kainnya yang menarik membuatkan barangan di Fashion Valet sentiasa menjadi pilihan pelanggan meskipun harganya yang agak mahal.
Pada 26 Mei lepas, usahawan dan pengasas bersama Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM). Menurutnya, jawatan ini telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Pendidikan sebagai usaha untuk menaik taraf dan memberi nafas baru buat universiti itu. Pelantikan Datin Vivy Yusof ini mendapat reaksi positif daripada rakyat Malaysia yang menyambut baik pelantikan ini, turut tidak terlepas beberapa pihak yang tidak bersetuju. Semoga dengan pelantikan ini mampu menaik tarafkan lagi UiTM dari aspek keusahawanan dan juga kualiti graduan. Selamat maju jaya buat Datin Vivy Yusof! - CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-2-2026 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.378935 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.