Baru sahaja ditayangkan kepada umum tiga hari lepas, lagu raya berjudul Menanti Di Aildilfitri dendangan Wany Hasrita dan tiga lagi artis lain kini mendominasi carta Youtube Malaysia. Perkembangan menakjubkan itu boleh diberi kredit terutamanya kemunculan lagu raya baharu untuk bersaing dengan lagu-lagu yang menjadi kelaziman masyarakat Melayu selama ini. Berkonsepkan raya di kampung dengan suasana menyambut lebaran, Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah dan Wan Azlyn memegang watak sebagai adik beradik yang sibuk membuat persiapan raya. Lebih membuatkan video klip ini tampak menarik ialah penampilan aktor karisma, Azhan Rani sebagai bapa kepada mereka berempat. Seperti biasa, lakonannya menghidupkan lagi video klip tersebut. Apatah lagi 'plot twist' di akhir muzik video ini menyentuh hati ramai warganet yang pernah mengalami pengalaman sama.
Ternyata dengan kombinasi lagu yang sedap di dengar, melodi mendayu dan jalan cerita sama tetapi ada 'plot twist' membuatkan ia menjuarai carta dalam masa singkat. Apatah lagi Azhan yang baru sahaja membuatkan rakyat Malaysia dengan wataknya dalam drama bersiri Nur turut meruntun hati penonton dengan karektor ayah yang penyayang. Jadi, apa pendapat anda? Lemak merdu juga kan suara mereka berempat? Kita tunggu ada lagi tak lagu raya baharu yang boleh menjuarai carta Youtube Malaysia. - CARI |
wadiunong replied at 28-5-2019 11:18 AM
hahaha nampak Wani Syaz ni teringat post arwah Sepitsiput kt IG . memang who r yusss & takde aura ...
wadiunong: hahaha nampak Wani Syaz ni teringat post arwah Sepitsiput kt IG . memang who r yusss & takde aura langsung minah ni
DundalkA91 replied at 28-5-2019 11:12 AM
Hihi mcm ayah i, anak2 semua 4 perempuan. Best juga lagu ni..
NazRysha replied at 28-5-2019 12:41 PM
wah untunglahhh
aku dulu sellau berangan kalau la ada kakak, adik pompuan
mesti aku dapat tukar2 ...
DundalkA91 replied at 28-5-2019 05:53 AM
Itu 1 kelebihan lah mcm u ckp, share rahsia, almost everything boleh share then back up each other ...
Minami2013 replied at 28-5-2019 02:07 PM
I dulu ngan adik kalo bergaduh siap main tarik2 rambut lagi. Dah la mak kiteorg suka simpan rambut ...
dealova04 replied at 28-5-2019 11:23 AM
forumer sepitsiput meninggal?
ADVERTISEMENT