CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedut Hidung Selamat Nyawa Bayi

27-9-2013 05:31 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9625| Komen: 66

Kuala Kangsar: Seorang ibu yang masih dalam tempoh berpantang bertindak pantas dengan menyedut hidung bayinya dalam usaha menyelamatkan mangsa berusia lima hari yang hampir maut akibat tercekik susu.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, ibu malang terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Roshaniza, 29, berkata, insiden itu berlaku ketika dia tinggal dengan bayinya, Muhammad Harith Amsyar di rumah mereka di Taman Bunga Raya, di sini.

Menurutnya, dia meninggalkan bayinya itu seketika untuk ke tandas sebelum terdengar bayinya menangis dan terbatuk-batuk.


“Sebaik keluar dari tandas, saya terkejut apabila melihat tubuh bayi saya bertukar kebiru-biruan. Saya melihat susu mengalir dari hidung anak saya lantas saya menepuk belakangnya bagi memastikan dia tidak terus tercekik dan sukar bernafas,” katanya.


Dia kemudian segera menyedut hidung bayinya itu dengan menggunakan mulut bagi mengeluarkan susu yang tersekat di rongga mulut dan hidung bayinya itu. “Akhirnya beberapa ketulan susu beku yang tersekat di dalam hidungnya berjaya dikeluarkan.

“Selepas berjaya mengeluarkan ketulan itu, saya dapati bayi saya mula bernafas semula, namun tubuhnya masih lemah dan kelemasan. Saya segera menggagahkan diri memandu kereta kepunyaan ayah ke Hospital Kuala Kangsar yang terletak 15 kilometer dari rumah untuk menyelamatkannya,” katanya.



ROSHANIZA memangku bayinya yang nyaris maut tercekik susu, tengah hari kelmarin.

Menurutnya, dia mengetepikan rasa sakit dan menggagahkan diri untuk memandu kereta selama hampir 30 minit untuk sampai ke hospital berkenaan.

“Saya hanya memikirkan nyawa anak saya kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku. Sebaik tiba di pekarangan Wad Kecemasan Hospital Kuala Kangsar, saya segera memaklumkan kepada kakitangan wad itu supaya segera memberikan bantuan kecemasan kepada bayi saya itu.

“Mujurlah petugas terbabit prihatin dan bertindak pantas. Akhirnya nyawa anak saya dapat diselamatkan dan Muhammad Harith kembali aktif seperti sedia kala,” katanya.

Menurutnya, pengalaman itu memberi banyak pengajaran berguna kepadanya, terutama dalam aspek penjagaan bayi.


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 26-9-2013 07:04 PM
kasih ibu....
Quote somaki 26-9-2013 07:17 PM
adakah baby ni menyusu ibu atau susu formula? mak aku ckp kalau susu ibu takkan sampai berketul2 tercekik
Quote jazaa001 26-9-2013 10:09 PM
Alhamdulillah selamat.....
Pandai ibu ni......
Quote Acong 27-9-2013 06:10 AM
somaki posted on 26-9-2013 07:17 PM
adakah baby ni menyusu ibu atau susu formula? mak aku ckp kalau susu ibu takkan sampai berketul2 ter ...

susu formula atau bukan bila bercampur dgn asid perut akan jadi ketulan..
Quote kambeng_masam 27-9-2013 06:14 AM
bagus siibu ni..prihatin bila anak mula batuk2 gitu...tidak beranggapan "ahh..itu biasalah". Protectlah anak2 anda sehabis baik.

Quote gujiwa 27-9-2013 06:33 AM
Paling takot tgk baby batuk.. or tersedak..
Quote shernazz 27-9-2013 07:28 AM
kete dia auto ke manual?
kalo manual, sakit siot poen nak tukar2 gear..
Quote dualchicks 27-9-2013 07:38 AM
Pengajaran untuk semua org termasuk DOKTOR-DOKTOR sekali tanpa CPR...
Bolehlaa doktor update dokumen SOP nanti...
Quote peachRose 27-9-2013 08:21 AM
somaki posted on 26-9-2013 07:17 PM
adakah baby ni menyusu ibu atau susu formula? mak aku ckp kalau susu ibu takkan sampai berketul2 ter ...

yup..susu ibu tak berketul2...kdg2 kalau baby terjeluak, yg kuar ala2 pekat sikit dan tak masam sgt..
kl susu formula mmg sgt berketul dan bau menyengat..
anyway..kl baby tercekik..2-2 bahaya jugak sbnrnya..cuma susu ibu cepat diserap oleh perut baby..jadikemungkinan utk tersedak/terjeluak kurang sikit berbanding susu formula.
lagi satu perut bayi kapasiti sgt kecil...kl susu ibu bila baby minum cepat diserap, jika kita overfeeding dgn breastmilk pun, kurang lebihan yg tinggal..
susu formula pulak, berketul dan lambat serap..kebarangkalian utk tersedak tinggi jika baby menyusu terlampau byk dr kapasiti perutnya..
ni berdasarkan pengalaman  la..
anyway, utk kes ibu ni alhamdulillah cepat ibu bertindak...

Quote yayah8989 27-9-2013 08:29 AM
alhamdulillah.. pantas nyee
kalo ak mesti dh panik
Quote cikatilia 27-9-2013 08:32 AM
bagus ibu!
syabas!
Quote BurungBiru 27-9-2013 08:35 AM
cerdik ibu ni walau dok ceruk kampung..
Quote wajaman 27-9-2013 08:43 AM
mujur tak panik...biasa org pompuan nie cpat panik
syabas ibu
Quote deecokelat 27-9-2013 09:36 AM
kena jadikan contoh ni~

Quote cruz2 27-9-2013 09:48 AM
Yup betul cara ibu ni..
Even kalu baby selesema ibu/ayah buleh sedut hidung baby utk bagi keluar mukus hingus tu insyaallah lega  baby tu nnt..
Erk..lepas sedut tu jgn ditelan pulok
Quote cik.ijaw 27-9-2013 10:00 AM
cruz2 posted on 27-9-2013 09:48 AM
Yup betul cara ibu ni..
Even kalu baby selesema ibu/ayah buleh sedut hidung baby utk bagi keluar mu ...

penah sedut hingus adik time tu baby lg. skg dah umur 17..jgn harap nk sedut lg
Quote cruz2 27-9-2013 10:05 AM
cik.ijaw posted on 27-9-2013 10:00 AM
penah sedut hingus adik time tu baby lg. skg dah umur 17..jgn harap nk sedut lg

weii...applicable utk baby jah la..
org tua sila hembus sendiri
Quote poyohabis 27-9-2013 10:08 AM
bgs tindakan ibu nie..tp baby memang kene hati2...kadang2 selesema pon kita kene sedut gak...coz baby tak reti nak bernafas kan...aku dl ms anak aku baby kalo dia selesama memang aku sedut la hingus anak aku...anak kita yg paling penting..syabas ibu nie...
Quote siputsedut 27-9-2013 10:28 AM
poyohabis posted on 27-9-2013 10:08 AM
bgs tindakan ibu nie..tp baby memang kene hati2...kadang2 selesema pon kita kene sedut gak...coz bab ...

mcm mana eh nk sedut tu...sedut sikit2 sampai hingus terkeluar atau sedut panjang terus...? uols biasa buat time anak tido or jaga..anak iols selsema...time tido kesian ada bunyi die mcm sedut nafas tu..mcm hidung tersumbat gituh

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.042428 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top