|
Seorang lelaki yang menelan 246 paket dadah jenis kokain mati dalam penerbangan dari Bogota ke Tokyo. Ini menyebabkan pendaratan cemas terpaksa dilakukan di Utara Mexico.
AFP melakporkan, pendakwa raya negeri Sonora menyatakan, Udo N,42 mengalami sawan dalam pesawat selepas berlepas dari ibu kota Colombia ke Mexico City. “Anak kapal melihat seorang penumpang mengalami sawan dan memohon kebenaran untuk melakukan pendaratan cemas di Hermosillo, Sonora. “Sebaik pesawat mendarat jam 2.25 pagi waktu tempatan pada Jumaat lalu, anggota paramedik tiba memberi bantuan sebelum mengesahkan lelaki itu meninggal dunia." Pesawat yang membawa seramai 198 penumpang itu kemudiannya meneruskan perjalanan selepas mayat dibawa keluar.
Bedah siasat mendapati dia menela 246 paket kokain yang setiap satu berukuran 2.5 sentimeter Punca kematian adalah disebabkan otaknya mengembang akibat terlebih dos. -CARI
|
mesmerize replied at 28-5-2019 11:53 AM
dia nak mengedar ke? lepas landing berakkan dadah tersebut pastu jual? sebab kokain tu semua masih d ...

mesmerize replied at 28-5-2019 11:53 AM
dia nak mengedar ke? lepas landing berakkan dadah tersebut pastu jual? sebab kokain tu semua masih d ...
mesmerize replied at 28-5-2019 11:53 AM
dia nak mengedar ke? lepas landing berakkan dadah tersebut pastu jual? sebab kokain tu semua masih d ...
xy_daen replied at 28-5-2019 11:59 AM
Dah macam movie Lucy..


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.259438 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.