CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Hari Raya Tiket Untuk Makan Sesuka Hati? 'Sihatkan' Juadah Raya

29-5-2019 10:10 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4073| Komen: 10|Original author: Oleh: natrahn


Berbaki kira-kira seminggu sahaja lagi untuk kita semua, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mesti teruja untuk menyambutnya bersama keluarga dan saudara mara di samping menikmati pelbagai juadah hari raya yang enak. 

Dengar saja rendang, lemang, lontong serta kuah kacang pasti akan membangkitkan selera. Begitu juga pelbagai jenis kuih raya klasik dan moden.



Semasa bulan Ramadan, kita semua pasti akan mengawal pemakanan bagi mendapatkan berat badan ideal. Namun, apabila syawal menjelma semua seakan lupa akan tabiat pemakanan yang diamalkan sebelum ini. 



Oleh itu, bagi memastikan  berat badan kekal ideal semasa Syawal, apa kata kita sediakan juadah raya kita dengan menu yang lebih sihat tanpa menghilangkan mood raya dengan mempraktikkan langkah berikut.

1. Mengurangkan lemak dalam masakan
  • Gantikan penggunaan santan dengan susu cair/susu tanpa lemak
  • Daging/ayam dipotong kecil dan segala lemak/kulit yang ada pada ayam/daging dibuang
  • Buang lemak dari sup ekor/tulang - sejukkan dan buang lemak beku
  • Elakkan menggoreng semula makanan
  • Gunakan tisu/kertas penyerap minyak
  • Pastikan minyak betul-betul panas
  • Gunakan kaedah memasak yang sihat (tanpa menggunakan minyak atau kurangkan minyak).

2. Kurangkan penggunaan gula semasa memasak
  • Elakkan penambahan gula semasa menghidangkan makanan
  • Elak menyalut kek/kuih raya dengan gula/ising
  • Elak menambah gula dalam jus buah-buahan
  • Kurangkan penggunaan susu pekat manis
  • Kurangkan penggunaan gula dalam bancuhan/adunan kuih raya/kek

3. Penyediaan makanan rendah garam
  • Kurangkan penggunaan garam semasa menyedia dan memasak makanan
  • Elak menabur garam semasa menghidangkan makanan
  • Hadkan penggunaan sos cili/tomato/kicap/tiram serta serbuk perasa
  • Kurangkan kekerapan menghidangkan telur masin, ikan masin, sayur jeruk dan makanan diproses

4. Kurangkan penggunaan pewarna dalam masakan
  • Gunakan pewarna semula jadi dari tumbuh-tumbuhan seperti daun pandan untuk mendapatkan warna hijau dan bunga telang untuk mendapatkan warna biru.

5. Banyakkan minum air kosong serta mengurangkan air berkarbonat dan manis
  • Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan dan membuang toksin. Ia boleh mengelak daripada mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berlaku dengan berkesan, malah sangat bagus untuk menjaga kesihatan kulit. 
  • Sekiranya mahu menyediakan minuman panas, asingkan gula supaya tetamu boleh mengambil sendiri gula mengikut keperluan mereka.

6. Amalkan makan buah sebagai snek dan pencuci mulut
  • Buah-buahan mengandungi serat yang tinggi. Makanan berserat membantu melawaskan makanan yang dimakan dan mengelak berlakunya sembelit apabila kita makan banyak di rumah terbuka.
  • Jika waktu siang sudah makan banyak di rumah terbuka, waktu malam kita makan lah buah untuk mengisi perut atau jadikan snek sebelum tidur.


Jangan jadikan hari raya sebagai tiket untuk makan sesuka hati. Semoga panduan ini dapat membantu kita mengekalkan kesihatan ketika menikmati juadah pada hari raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri! - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tunkoo 29-5-2019 10:17 AM
tips yang bagus. thank you for sharing
Quote Zazashar 29-5-2019 10:24 AM
Ok, boleh buat raya nnt
Quote intan_smsb 29-5-2019 11:18 AM
nak makan lemang dan rendang
Quote sufi^_^ 29-5-2019 11:23 AM
Bagi I pulak, raya setahun sekali je...cheat day!
Lepas tu eat healthy & workout balik.
Koser nak tukar2 santan dengan susu, mana sama.
Quote natrahn 29-5-2019 11:37 AM
sufi^_^ replied at 29-5-2019 11:23 AM
Bagi I pulak, raya setahun sekali je...cheat day!
Lepas tu eat healthy & workout balik.
Kose ...

Hahahaha.. bagusnya awak pastu workout..setengah orang lupa daratan makan tak sedar diri. Cover puasa sebulan tu...diet ke lautan dalam.
Quote ikanmasin 29-5-2019 11:54 AM
bukan selalu dah kalau g beraya umah org..
mkn lah apa yg dihidangkan ye dak..hhehe
Quote Artemesiaa 29-5-2019 01:11 PM
Tips berguna tapi tak semua orang mampu ikutnya sebab bila dah diganti dengan bahan lain rasanya sudah tentu tak sama
Quote serikaya8080 29-5-2019 02:46 PM
hmm..tpi tu laa hari raya ni bnyk sangat mknn yg sedap2....hehehee..sy tak kuat
Quote amyza 29-5-2019 03:51 PM
Set pinggan mangkuk putih tu sama lah. Setahun skali jer guna. Dari budak sampai skrg masih guna.

Dah namanye beraya...tak kisah pun,dah tuan rumah hidang makan jer lah.
Quote sufi^_^ 29-5-2019 04:18 PM
natrahn replied at 29-5-2019 03:37 AM
Hahahaha.. bagusnya awak pastu workout..setengah orang lupa daratan makan tak sedar diri. Cover pu ...

lagi satu tip, puasa 6.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.072965 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top