|
Malang tidak berbau, kanak-kanak berusia lapan tahun terpaksa menahan sakit selama sejam selepas tangan kanan tersepit pada mesin pembancuh simen.
BH Online melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Hulu Kenderiang, Gerik, petang semalam. Dalam kejadian, tangan kanan Muhammad Haniff Izzuddin Mohammad Zamrul, 8, cedera parah akibat tersepit hingga ke paras siku pada mesin berkenaan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 5.47 petang sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik ke lokasi kejadian.
Mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selepas tangannya berjaya dikeluarkan. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.654989 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.