CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enggan Makan Ubat Psikiatri, Bapa Sakit Mental Tampar Bayi Sampai Maut

29-5-2019 12:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5852| Komen: 47

Pertengkaran suami isteri membawa kematian anak bongsu mereka selepas suspek yang juga pesakit mental menampar bayi perempuan berusia enam bulan itu.


Gambar Hiasan

Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Baroh, Padang Besar, semalam.

Sebaik menerima laporan daripada ibu mangsa yang juga warga Thailand, suspek berusia 44 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd mengesahkan isteri suspek hadir ke balai polis bersama kenalannya jam 9.30 pagi semalam, untuk membuat laporan selepas bayi itu tidak bernyawa.

Difahamkan, pasangan itu bertengkar malam kelmarin kerana lelaki terbabit enggan memakan ubat psikiatri sebelum menampar mangsa.


Dakwa wanita itu, ia merupakan kejadian pertama memandangkan suspek sebelum ini tidak pernah mengasari anak.

Bimbang kejadian sama berulang, isteri suspek membawa empat anak mereka ke rumah kenalannya pada malam kejadian.

“Ibu mangsa sempat menyusukan bayi itu pada jam 4 pagi di rumah kenalannya sebelum kembali tidur. Dia kemudian mendapati bayi itu tidak bernafas beberapa jam kemudian," kata Noor Mushar.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar yang pergi ke rumah terbabit.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk dibedah siasat.

Tambah Noor Mushar, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. - CARI
1

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote myakayina 29-5-2019 12:24 PM
bahayanya la klu pesakit mental ni tak mkn ubat..kesian anak tak berdosa jadi mangsa..
Quote prettyuglybabe 29-5-2019 12:35 PM
entah-entah tercekik susu..
Quote DiaDihaerty 29-5-2019 12:36 PM
Allahuakbar!!!
Quote cap_ayam 29-5-2019 12:37 PM
InshaAllah, biasanya proses bedah siasat akan dapat mengesahkan punca kematian baby ni.
Quote bLuEsKy 29-5-2019 12:42 PM
pak mental dadih ni...
Quote LautBiru52 29-5-2019 01:03 PM
Sakit mental ni bukan boleh dibuat main. Nak kate ape. Dah memang ayah nya mental. Ntah2 dia tak ingat pun dah lempang baby bongsu dia
Quote lanesra 29-5-2019 01:05 PM
Bayi berusia enam bulan maut dipukul bapa



KANGAR 29 Mei - Seorang bayi berusia enam bulan maut dipercayai kesan daripada dipukul oleh bapa kandungnya sendiri di sebuah rumah di Batu Tiga Kampung Baroh Jalan Santan, Ngulang di sini, pada Sabtu lalu.

Selepas beberapa hari berada dalam keadaan tidak bermaya, bayi perempuan berkenaan disahkan meninggal dunia pada pukul 3.24 petang semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. memberitahu, hasil siasatan, mangsa dikatakan ditampar oleh bapanya itu yang berusia 44 tahun ketika lelaki berkenaan melepaskan rasa marah selepas bergaduh dengan isterinya kira-kira pukul 2 petang dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Katanya, berikutan itu, wanita tersebut pada Isnin lalu, telah membawa mangsa dan empat lagi anaknya berusia tujuh sehingga dua tahun ke rumah pengadu di Arau kerana bimbang suaminya yang dikatakan mempunyai masalah mental itu mengulangi perbuatan sama

“Tiada sebarang kesan atau tanda kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa dan tidak ada sebarang senjata digunakan dalam kejadian ini.

Sebelum ini, suspek pernah beberapa kali mendapat rawatan sakit mental di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Suspek warga tempatan berkahwin dengan isterinya warga Thailand itu pada 2011. Mangsa tidak dibawa ke hospital untuk rawatan selepas dipukul itu adalah kerana bayi tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah,” katanya di sini hari ini.

Tambah Noor Mushar, berikutan kejadian itu, suspek telah ditahan pihak polis dan perintah reman terhadapnya akan dikeluarkan pagi ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE
Quote insulin 29-5-2019 01:07 PM
Sakit mental memang sangat merbahaya. Semoga aku dan keluarga aku dijauhkan dari orang2 begini.
Quote lostfaith 29-5-2019 01:10 PM
Jgn kawin ngan pesakit mental. Pesakit mental tak sepatutnya beranak pinak. Beranak pinak hanya untuk yg boleh menjaga diri sendiri dan keluarga. Kalu tak boleh jaga diri sendiri pun how nak jaga orang lain. Menganiya anak anak kalu macam tu.
Quote lolita737 29-5-2019 01:15 PM
kasihan anak kecik tu..

nak marah pun bapanya memang sakit mental..
Quote umie 29-5-2019 01:19 PM
lanesra replied at 29-5-2019 01:05 PM
Bayi berusia enam bulan maut dipukul bapa

so maknanya baby ni xde sijil lahir ke. Kalau gi sepital kerajaan mmg dorang mintak sijil lahir ke. Sapa2 boleh bg pencerahan
Quote ikanmasin 29-5-2019 01:27 PM
bahaya org mental ddk sekali dgn keluarga.
Quote supermum 29-5-2019 01:30 PM
Adui anak dia takde document pulak. Dah bapak masuk jel ni lagi susah nak setelkan. Harap anak2 lain ada proper documentation
Quote hamrie 29-5-2019 01:35 PM
alfatihah hukuman setimpal
Quote nuryakmal 29-5-2019 01:48 PM
takde docs. the rest of the children pun mungkin takde doc. hopefully jkm amik tindakan.  the mom kalau tk da passport / warganegara harap deport je blk thai
Quote TravellingBear 29-5-2019 01:59 PM
Eh. Balik siam la kogitu.. tkde dokumen

Apoo org malaysia kawen tak ikut undang2 pastu menyusahkan polis, cikgu, jiran2 etc
Quote saviour_09 29-5-2019 02:29 PM
apa benda ni....

sakit kepala la baca news2 gini
kesian baby budak2 tak berdosa

hadooowwww
Quote leylapple 29-5-2019 02:29 PM
lostfaith replied at 29-5-2019 01:10 PM
Jgn kawin ngan pesakit mental. Pesakit mental tak sepatutnya beranak pinak. Beranak pinak hanya untu ...

agree sangat2....

patutnya jgn jugak melahirkan anak2 sebab takut anak2 mewarisi lagi kegilaan genetik tu...

jgn lupa syarat sah nikah salah satunya adalah waras...kalau tak waras tak sah nikah
Quote Burong_Hantuk 29-5-2019 02:36 PM
kenapa lah isterinya pun sama bebal tak bawa bayi ke klinik selepas dipukul suami mental???

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.142488 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top