Seorang wanita cedera parah di pergelangan tangan akibat tersepit mesin pengisar tebu. Awani melaporkan, kejadian yang berlaku di Kampung Sentosa Blok 5, Tawau pada kira-kira jam 10 pagi itu menyaksikan mangsa, Era Fazira Ramli sedang menjalankan kerja mengisar tebu.
Mangsa yang kesakitan telah dibantu oleh saudaranya yang bertindak memadamkan susis mesin sebelum menghubungi pihak bomba. Dua buah jentera dengan kekuatan seorang pegawai dan enam orang anggota digerakkan ke lokasi. Ketua Balai Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBP) Tawau, Sharudy Delamin berkata, "Pihak Bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa dari mesin pengisar tebu pada jam 10.40 pagi." Mangsa dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan selanjutnya. -CARI
|
4
Bagus |
5
Marah |
5
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
EvieWanKenobi replied at 29-5-2019 08:38 PM
dalam sebulan entah berapa kes
mesin tebu agaknya..
Abot replied at 29-5-2019 05:41 PM
aduhai.. news ni sedih tp tergelak pulak dgr nme era fazira.. {:run
TravellingBear replied at 29-5-2019 08:52 PM
Eh selalu ke? Apa langkah berjaga2 agaknya...
ADVERTISEMENT