|
16 individu yang terbabit dalam pembunuhan kejam remaja perempuan bulan lalu, kini berdepan hukuman mati. Nusrat Jahan Rafi, 18, meninggal dunia selepas disimbah dengan minyak tanah oleh sekumpulan gadis sebelum dibakar hidup-hidup di atas bumbung bangunan sekolah, lapor Mirror. Pembunuhannya itu disebabkan keengganannya menarik balik dakwaan gangguan seksual terhadap pengetua sekolahnya. Kematian mangsa yang dirawat di hospital lima hari kemudian mencetuskan kemarahan orang awam yang menuntut pembunuhnya dijatuhkan hukuman. Ketua Biro Penyiasatan Polis (PBI), Banaj Kumar Majumdar berkata, kesemua lelaki dan wanita yang terbabit dalam kes itu akan didakwa pada Rabu.
Sementara itu, Perdana Menteri Sheikh Hasina menziarahi keluarga mangsa di Dhaka dan berjanji akan memastikan kesemua suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan. "Tidak seorangpun daripada mereka akan terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya seperti dipetik daripada media tempatan. - CARI |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.064286 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.